Bangun untuk solat Subuh boleh dikatakan antara cabaran bagi umat Islam kerana bukan senang untuk bangun Subuh apatahlagi menunaikan solat secara berjemaah.

Jangan nak kata angkat selimut, kadangkala nak angkat kelopak mata pun berat. Jika, ibu atau pasangan tidak kejut, alamatnya memang ramai yang akan terlepas solat dan terlewat bangun. 

Sumber: Oh Bulan

Jadi, atas sebab itu sebagai usaha untuk menggalakkan perhatian golongan muda datang ke masjid, pihak jawatankuasa di Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara tampil dengan idea kreatif dengan memberi duit belanja kepada pelajar sekolah yang hadir menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid. 

Menerusi laporan Sinar Harian, idea tersebut tercetus ketika kesemua Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid mengadakan mesyuarat dan apa yang membanggakan, idea tersebut sama sekali membuahkan hasil apabila jumlah kehadiran jemaah dilihat semakin meningkat setelah program itu berlangsung selama seminggu sejak 7 Oktober baru-baru ini.

 

Membuahkan Hasil

Dalam inisiatif itu, golongan muda yang datang ke masjid itu akan diberi duit belanja sebanyak RM3 untuk murid sekolah rendah. Manakala, RM5 untuk pelajar sekolah menengah.

Sumber: Oh Bulan

Pemberian duit belanja itu juga hanya akan diberi pada hari Isnin sehingga Jumaat kecuali hari cuti umum.

Selain memberi wang saku, masjid ini turut menyediakan aktiviti lain yang dilakukan bagi menarik golongan muda seperti program ‘Movie Night’ (kisah Rasul), pertandingan ‘beyblade’ dan hafazan.

Dan ternyata, usaha yang dilakukan masjid itu ternyata telah membuahkan hasil apabila jumlah kehadiran jemaah dilihat semakin meningkat setelah program itu berlangsung selama seminggu sejak 7 Oktober yang lalu. 

 

Mendapat Pujian Ramai Pihak

Sumber: OhBulan

Rata-rata netizen memuji usaha pengurusan masjid itu dalam menarik minat golongan muda untuk berkunjung ke masjid.

Malah, ada juga yang turut berharap supaya masjid-masjid di kawasan lain untuk menjadikan masjid ini sebagai contoh dalam usaha mengimarahkan masjid.

 

Ada Juga Yang Mengecam

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang mempertikai cara sedemikian yang dilihat tidak kena pada caranya. 

Kata mereka, apa yang dilakukan pihak pengurusan masjid ini tidak salah namun pelaksanaannya itu perlu dilakukan secara berhati-hati kerana cara itu hanya menarik golongan muda untuk solat semata-mata mahu mendapatkan wang saku dan bukannya berniat untuk mengejar ‘pahala’ yang sama sekali boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat. 

 

Keikhlasan Bersembahyang Perlu Diutamakan

Apa yang dilakukan pihak pengurusan masjid ini tidak salah namun pelaksanaannya itu perlu dilakukan dengan berhati-hati. 

Apa-apa pun, memang tidak ada salahnya untuk mendidik anak dengan cara sebegini namun anak-anak perlu sentiasa diingatkan supaya melakukan ibadah dengan niat yang ikhlas dan bukannya kerana sebab lain. 

Mudah-mudahan apa yang dilakukan pihak masjid ini dapat memberi kesan yang baik dan mendalam buat golongan muda kerana suatu hari nanti mereka akan merasakan bahawa apa yang dilakukannya itu adalah satu kewajipan dan tidak perlu lagi mendapatkan ‘upah’ untuk bersolat. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN