Baru-baru ini, kecoh apabila satu nama ‘Pak Din’ menjadi tular di laman Twitter. Setelah diselidik, individu yang bernama Pak Din ini baru sahaja kembali ke rahmatullah kerana komplikasi kesihatan akibat masalah jantung dan leukemia.
Kisah Pak Din bukan setakat menjadi bualan hebat netizen di media sosial malah turut mendapat perhatian media tempatan juga.
Hingga ke hari ini, beribu ‘tweet’ membanjiri laman sosial tersebut yang rata-ratanya menzahirkan ucapan takziah, rasa sedih selain mengimbas kenangan bersama Pak Din atau nama sebenarnya Kamarudin Basri.
Jadi, siapa sebenarnya Pak Din ini?
Seorang Pengawal Keselamatan
Selepas diselidik, Pak Din ini sebenarnya merupakan seorang pengawal keselamatan yang bertugas lebih 20 tahun di SK Convent Bukit Nanas dan SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
Boleh dikatakan, Pak Din ini merupakan individu yang sangat dikenali oleh warga sekolah kerana beliau bukan sahaja melakukan tugas sebagai seorang pengawal keselamatan tetapi terkenal dengan sikap prihatin sepanjang bertugas di sekolah itu.
Sikap prihatin yang dimaksudkan bukan sekadar membantu murid dan guru tetapi beliau juga sanggup melakukan kerja-kerja lain dengan seikhlas hati seperti membaiki kerosakan, menggantung bendera, membaiki kereta yang sukar dihidupkan mahupun tayar pancit.
Malah, Pak Din ini juga terkenal dengan sikap suka mengambil berat hal keselamatan pelajar-pelajar di sekolah itu dan amat ramah sekali dengan ibu bapa pelajar.
Undang Sebak Pelajar
Walaupun hanya bertugas sebagai seorang pengawal keselamatan, namun pemergian Pak Din ini pastinya memberi kesan terhadap warga sekolah tersebut.
Rata-rata bekas pelajar dan pelajar di sekolah tersebut menyifatkan Pak Din sebagai hero mereka dan “the legendary guard”.
Menurut pelajar di sekolah tersebut yang menggunakan [email protected], Pak Din dikatakan sering membersihkan kolam ikan sekolah selain memanjat bangunan sekolah untuk memasang sepanduk, menghalau monyet yang berkeliaran di kawasan sekolah dan juga menemaninya sekiranya ayahnya lewat datang menjemput pulang dari sekolah.
Malah, @liltdsnfatbelly dalam tweetnya pula berkata, Pak Din tidak pernah mengatakan ‘tidak’ apabila ada murid meminta bantuan daripadanya.
Katanya, dia masih ingat Pak Din pergi bersendiri ke hutan Bukit Nanas untuk mencari kayu bagi membantu murid untuk membuat prop drama yang mana kumpulannya itu muncul sebagai johan dalam pertandingan tersebut hasil pertolongan dari Pak Din.
Wajar Dijadikan Contoh
Itulah orang kata, tak rugi pun sekiranya kita berbuat baik kepada orang. Bila kita berbuat baik, sampai bila-bila pun orang kenang.
Zaman sekarang ini, boleh dikatakan agak sukar untuk jumpa pengawal keselamatan yang mampu menjaga harta benda serta kebajikan manusia dengan baik dari sebarang ancaman.
Apa yang kita banyak dengar, kisah pengawal keselamatan yang terbabit dengan jenayah sehingga menyebabkan masyarakat berasa kurang percaya terhadap tugas mereka.
Walaupun bertugas sebagai pengawal keselamatan sekalipun, namun jika kita melakukan tugas tersebut dengan seikhlas hati ia pasti dapat memberi impak yang besar terhadap masyarakat di sekeliling.
KATA ORANG
I don't know who is Pak Din. I just saw his name was trending. But after seeing students of CBN retweet about him, make me realize that he was definitely a great guy. He got tremendous love from all the people around him. May Allah grant him the highest ranks in Jannah. Amin 🤲🏻
— shaa 𓃠 (@nnsha_s) October 7, 2019
I was wondering who is Pak Din and why is he trending. When I read the # from CBN, now I know why. Such a darling (and protector) to the girls. Like the pepatah ''manusia mati meninggalkan nama" (good deeds never die), now the whole nation knew who is Pak Din.
— 🅰🅱🅰🅼 🆀🆄🅴 (@quexieqbal7) October 7, 2019
Al fatihah.
I remember we would always joke around saying that Pak Din is immortal bcs he’s been with us since forever. Thank you for everything, Pak Din. Al-fatihah
— jane (@elisaezryn) October 7, 2019
Woke up to really sad news. Pak Din has been a part of CBN for as long as I can remember. He was the best at protecting the school and the girls, you almost didnt have to worry if your parents were late cs you know — Pak Din ada. Rest in peace Pak Din, Al Fatihah.
— Al Qarirah Amirhamzah (@MQarirah) October 7, 2019
Get well soon Pak Din.❤❤❤❤ You've been there since i was in primary till now dah almost 4 years. Most probably you were there decades before i was born, taking care of us, protecting us from the monkeys, making sure that we were quiet while blowing your whistle.
— AF (@afrynaz) October 6, 2019