Baru-baru ini tular di media sosial satu binaan masjid yang baru dibuka kepada umum iaitu Masjid Sendayan yang terletak di Negeri Sembilan.

Rekaan binaannya sangat indah dan unik sehingga ramai yang menggelarkan masjid ini seakan-akan seperti Taj Mahal, Masjid Kerajaan Uthmaniyah dan Masjid Nabawi!

Apa yang menariknya, masjid ini sebenarnya telah diwakafkan oleh seorang jutawan yang juga pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain yang bernilai 100 juta.

 

Mendapat Pujian Ramai Pihak

Niat murni yang dilakukan Tan Sri Rashid ini sama sekali mendapat pujian ramai pihak yang mana rata-ratanya meluahkan rasa kagum dan menjadikan beliau inspirasi atas sikap mulia yang ditunjukkan ini yang sama sekali memberi manfaat kepada semua.

Sumber: Twitter

Dalam Islam, selain daripada bersedekah, mewakafkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umat Islam dengan mendirikan masjid amat besar pahalanya.

Untuk pengetahuan anda, orang yang membina, mewakafkan dan mendermakan wang bagi pembinaan masjid akan dikurnikan pahala serta kedudukan di syurga.

Inilah sebenarnya yang Islam kehendaki iaitu golongan kaya membantu mereka yang miskin. Barulah bermakna dan bermanfaat segala harta dunia yang dimiliki.

Apalah ertinya harta melimpah sekiranya kita tidak bersedekah. Tak begitu?

 

Siapa Tan Sri Abd Rashid Hussain?

Sumber: OhBulan

Tan Sri Rashid merupakan seorang lelaki berdarah kacukan Melayu dan Arab iaitu bapanya Mohammed Hussein dari Pulau Pinang dan ibunya keturunan Arab-Melayu.

Bapanya membangunkan perniagaan di Singapura selepas berhijrah di sana dan beliau juga merupakan menantu kepada jutawan terkenal Robert Kuok, pemilik ladang tebu Perlis Plantation Berhad.

Kejayaannya hari ini sangat membanggakan apabila dalam tempoh kurang daripada satu dekad, beliau berjaya membina konglomerat perkhidmatan kewangan yang terdiri daripada firma bursa saham, bank komersial, syarikat kewangan dan bank perdagangan, RHB Bank.

Terbaru, dia membina masjid ketiga yang berkonsepkan taman dengan keindahan seni bina Islam Turki yang berjaya menarik perhatian ramai.

 

Antara Masjid Yang Pernah Dibina

Sumber: keluarga.my

Sebelum membina Masjid Sendayan, beliau difahamkan turut membina Masjid A’isyah di Sungai Mengulu, Pulau Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya.

Sumber: mStar

Kemudian, beliau mendirikan pula Masjid Hussain yang terletak di Seremban yang dinamakan sempena nama ayahnya atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.

 

Selain Bina Masjid, Ada 6 Amalan Yang Membuatkan Pahala Terus Mengalir

Tahukah anda, selain daripada mewakafkan harta untuk membina masjid, ada enam lagi amalan lain yang mampu membawa kita ke syurga antaranya:

  1. Ilmu yang disebar

Amat besar rahmatnya bagi orang yang menyampai, menyebar dan mengajarkan ilmu dunia dan akhirat yang bermanfaat kepada semua. 

  1. Anak solehah yang ditinggalkan

Pendidikan anak-anak seharusnya bermula sejak di dalam rahim ibu. Bacaan zikir, al-Quran, kata-kata yang baik dan amal soleh harus dilazimkan oleh ibu bapa sejak awal lagi kerana memiliki anak yang soleh banyak kelebihannya. Antaranya anak-anak itu boleh terus mengalirkan manfaat kepada ibu bapanya, mendoakan kita dan menutup aib kita.

Sumber: https://konsultasisyariah.com

  1. Kitab-kitab keagamaan yang diwariskan

Barang siapa yang mewariskan buku-buku yang baik, maka, pahala berterusan akan diterima oleh si pemberi tersebut selagi mana ia ada dan dibaca.

  1. Rumah yang dibina untuk musafir

Rumah atau wakaf yang dibina untuk para musafir bagi memudahkan mereka datang berehat dan tidur sebentar. Ia bukan untuk tujuan maksiat. Di negara ini, antara contohnya adalah hentian rehat dan rawat (RnR).

  1. Sungai yang mengalir untuk kepentingan ramai pihak

Mereka yang membantu mengalirkan alir bersih kepada manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain bakal memperoleh barakah selagi mana air itu di minum dan digunakan.

  1. Harta yang di sedekahkan

Antara manfaat sedekah adalah memanjangkan umur dan rezeki kita, kehidupan kita diberkati Allah swt, dikurniakan kesenangan dan kelapangan jiwa serta pahala dan kebaikan yang berlipat ganda.

Kisah ini diharap dapat dijadikan ikutan buat kita semua untuk meneruskan amal jariah kerana amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam meskipun pewakaf sudah meninggal dunia.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, perlukah usahawan Islam yang lain juga mengikut jejak langkah yang dilakukan oleh Tan Sri Rashid ini?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN