Selepas dikritik netizen mengenai isu pemakaian skirt senteng oleh netizen di media sosial tahun lalu. Kini, pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim pula dikritik gara-gara sekeping foto yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Sumber: beautifulnara.com

Dalam perkongsian tersebut, Sherry dilihat mengenakan baju berwarna kuning, hijab serta seluar jeans biru yang kelihatan seakan-akan seluar dalam.

Sejak semalam, fesyen yang dibawa Sherry terus menimbulkan tanda tanya netizen yang rata-ratanya menganggap pelakon tersebut sengaja mempamerkan seluar dalamnya itu.

Tidak kurang juga, ada yang menegur gaya dan fesyen Sherry itu sebagai keterlaluan dan pelik kerana ia langsung tidak menunjukkan imej wanita Muslimah yang dibawanya.  

 

Getah Seluar Jeans Rupanya!

Jika dilihat sekali imbas menerusi gambar tersebut, kita mungkin akan menganggap Sherry sengaja mahu menayangkan imej seluar dalamnya yang mana ia jelas sekali kelihatan terkeluar.

Namun, Sherry tampil menjelaskan perkara sebenar yang mana getah tersebut adalah getah dari seluar jeans dan bukannya getah seluar dalam yang dipakainya.

Katanya, dia masih waras untuk memuat naik gambar yang boleh mengaibkan diri sendiri yang mana gaya yang dikenakan itu adalah berdasarkan fesyen terkini.

Betul jugak tu, sekarang ini terlalu ramai pereka fesyen yang dilihat semakin berani menghasilkan pakaian yang tidak masuk akal dan sukar mengikut cara pemakaian yang sopan.  

Lebih-lebih lagi apabila wanita bertudung sejak akhir-akhir ini yang dilihat lebih fashionista berbanding dahulu.

 

Apa-Apa Pun, Perlu Jaga Imej Wanita Bertudung  

Tidak salah sekiranya wanita berhijab mahu menggayakan pelbagai jenis pakaian hasil rekaan dari pereka fesyen tempatan mahupun antarabangsa.

Bila ada fesyen terbaru yang dikeluarkan, pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk mencubanya.

Gambar sekadar hiasan

Walaupun diberi kebebasan dalam berfesyen, tidak bermakna anda boleh mengambil remeh akan soal pemakaian hingga mengaibkan diri sendiri di mata masyarakat hanya untuk mengejar ‘trend’ dan mahu kelihatan cantik serta bergaya.

Apa yang paling penting, berfesyen lah mengikut ciri-ciri wanita Muslimah tanpa perlu menimbulkan syak wasangka masyarakat.

Nanti tak pasal-pasal gugur pula pahala kita disebabkan menabur fitnah, membuat spekulasi atau kesimpulan terhadap sesuatu isu itu.

Mungkin selepas ini, Sherry perlu lebih berhati-hati dalam memilih pakaian dan periksa terlebih dahulu gambar sebelum memuat naik ke laman sosial.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah fesyen yang dibawa oleh Sherry ini keterlaluan?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN