Bagi mereka yang kali pertama menetap di asrama, pastinya perasaan takut akan hadir di dalam diri kerana perlu berjauhan dengan keluarga dan berdikari dengan sendirinya.

Malah, perasaan takut itu sebenarnya hanya sementara kerana kehidupan di asrama adalah antara perkara yang paling seronok sekali.

Kalau perasan, apabila kita menetap di asrama, hubungan sesama rakan sekelas mahupun rakan sebilik dilihat lebih rapat memandangkan semua perkara yang kita lakukan di asrama, akan melibatkan mereka dari waktu pagi sehingga tidur.

Bagi pelajar Tingkatan Satu, mungkin pada mulanya mereka tidak suka apabila menetap di asrama tetapi percayalah apabila anda sudah menjadi ‘senior’, anda pasti akan seronok dengan kehidupan di asrama sehingga rasa macam nak masuk asrama balik!

Kepada yang mahu masuk asrama, banyak syarat yang akan dikenakan pihak sekolah dengan melihat kepada pencapaian pelajar tersebut dari segi keputusan peperiksaannya sehingga ke aktiviti kokurikulum.

Lain pula jadinya apabila baru-baru ini, Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Sabah mengenakan syarat kepada bakal pelajarnya supaya melepasi ujian seterika baju pada sesi temu duga kemasukan ke sekolah tersebut.

Gambar tular yang tersebar di media sosial baru-baru ini menunjukkan beberapa orang guru sedang memerhatikan pelajarnya menggosok baju sebagai syarat untuk memasuki sekolah tersebut.

 

Netizen Puji Tindakan Sekolah Terbabit

Sumber: Twitter @hafizgan

Selepas gambar tersebut dimuat naik di laman sosial, rata-rata netizen menyifatkan tindakan yang dilakukan pihak sekolah itu sebagai satu tindakan yang baik kepada pelajar.

Maklumlah, bagi pelajar Tingkatan Satu, mungkin sebelum ini pakaian mereka digosok serta dicuci oleh ibu bapa atau penjaga sahaja.

Tetapi selepas masuk ke asrama, mereka perlu berdikari kerana kesemua perkara yang sebelum ini dilakukan oleh ibu bapa mereka atau penjaga, akan dilakukan sendiri oleh mereka.

 

Sumber: Mingguan Wanita

Sebagai seorang pelajar, ilmu seperti menggosok mahupun mencuci baju perlu dikuasai oleh mereka memandangkan ia adalah perkara asas yang akan dilakukan mereka dalam kehidupan seharian tanpa mengira latar belakang.

Jadi, dengan adanya syarat sebegini, pelajar pastinya dapat mempersiapkan diri mereka untuk melangkah ke dalam kehidupan berasrama yang pastinya banyak cabaran serta dugaan.

Sumber: bisnesdobi.blogspot.com

Namun mereka tidak perlu risau, kerana kebanyakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mahupun Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sudah menyediakan mesin basuh yang menerima duit kertas dan syiling bagi memudahkan pelajar mereka.

 

 

Ujian ‘Rare’ Gosok Baju Kali Pertama Dilaksanakan

Sumber: Twitter @hafizgan

Mengikut apa yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial pada Selasa lalu, Mohd Hasif Gandoh, yang merupakan bekas pelajar sekolah tersebut berkata syarat yang dikenakan oleh pihak sekolah itu adalah syarat yang baru diperkenalkan pihak sekolah tahun ini bagi kemasukan tahun depan.

Katanya, sebelum ini pihak sekolah tidak mengenakan syarat sedemikian namun untuk tahun ini, guru sekolah mengenakan syarat dalam temuduga yang mengkehendaki pelajar untuk melepasi ujian seterika baju terlebih dahulu.

Bagi kita, syarat ‘rare’ yang dilaksana pihak sekolah itu pastinya satu perkara yang baru didengari bukan? Tetapi jangan pelik kerana perkara itu berlaku di dalam negara kita.

 

Wajarkah Sekolah Asrama Lain Kenakan Syarat Sebegini?

Sumber: Twitter @hafizgan

Melihat kepada apa yang dilakukan pihak sekolah terbabit, amat jarang sekali syarat sebegitu dilakukan kepada pihak sekolah terhadap pelajarnya.

Bukanlah mahu mendera pelajar untuk mengosok baju, tetapi tindakan sebegitu adalah asas yang setiap orang perlu ketahui termasuklah pelajar di sekolah-sekolah asrama.

Jangan nanti sudah masuk ke asrama, mereka tidak tahu bagaimana untuk menggosok baju dengan betul kerana perkara itu pastinya akan menjadi ejeken buat kawan-kawan.

Dalam hal ini, kebolehan seterika baju bukan satu perkara yang semestinya dilakukan oleh orang dewasa sahaja tetapi pelajar sekolah juga perlu turut sama untuk mengetahuinya.

Walaupun kita masih pelajar sekolah, namun kebolehan ini pasti akan menjadi nilai tambah kepada semua pelajar untuk bijak menguruskan kehidupan mereka di asrama ketika ketiadaan ibu bapa di sisi.

Malah, ini juga membolehkan pelajar mencari duit poket sendiri. Mereka boleh mengambil upah untuk menggosok pakaian rakan yang malas dengan mengenakan cas RM1 bagi sehelai baju.

TIndakan ini akan membuatkan pelajar berdikari dan mencari duit sendiri. Tetapi diingatkan jangan mengabaikan pelajaran.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah wajar sekiranya ujian seterika baju dijadikan sebagai syarat bagi kemasukan Tingkatan Satu sekolah asrama?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN