Sumber: Dialog Rakyat

Siapa sangka, Pakatan Harapan (PH) yang merupakan sebuah gabungan baru beberapa tahun dibentuk mampu melakukan kejutan dengan menumbangkan sebuah kerajaan yang berdiri teguh selama 61 tahun. Nampak seperti mustahil, tetapi, itulah realiti perubahan demokrasi.

Rakyat telah membuktikan sudah tiba masanya, kepimpinan pentadbiran baharu mengambil tempat untuk melakukan perubahan dengan memberi kepercayaan terhadap PH.

Sumber: Mstar

Pemimpin BN Paling Tadah

Bagi Barisan Nasional (BN), setahun yang lalu merupakan sisi gelap yang menjadi tauladan dan pengajaran paling berguna. Lebih memilukan, di saat pemimpin-pemimpin utama dihadapkan dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan, ramai dalam kalangan wakil rakyat mereka berpaling tadah.

Sudah pasti ia memberi tamparan hebat buat ahli-ahli UMNO/BN di peringkat akar umbi. Penat lelah keringat yang ditaburkan, dibalas dengan tindakan tidak beretika. Nilai perjuangan parti, langsung tidak dihormati oleh mereka yang bergelar YB. Yang pasti, berpaling tadah dengan menyertai parti kerajaan merupakan sikap keji yang tidak wajar diterima.

Tidak Mampu Tunai Manifesto

Bagi PH, sudah pastinya setahun era Malaysia Baharu merupakan detik sukar untuk membangunkan negara. Dengan hutang negara yang mencecah RM 1 trilion, ia dijadikan alasan kukuh untuk sebuah kegagalan. Janji dan manifesto masih banyak yang tidak dilaksanakan. Alasan yang mudah ialah dengan menuding jari terhadap kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan lalu.

Sumber: Asklegal

Benar kata orang, berkata-kata lebih mudah dari menggalas beban. Yang pasti, beberapa manifesto PH dilihat mustahil untuk dilaksanakan seperti pemansuhan tol, pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Begitu juga dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Bukan tidak ada penurunan harga barang, tetapi penurunan harga barang bukan merupakan barang keperluan harian rakyat. Yang pasti, kewujudan program food bank sedikit sebanyak membantu masyarakat golongan berpendapatan rendah (B40) mengurangkan beban.

Kekok Jadi Pembangkang

Malangnya, disebalik kelemahan-kelemahan kerajaan hari ini, pembangkang tidak memainkan peranan yang penting dalam menjadi semak dan imbang yang berguna kepada kerajaan.

Pembangkang juga dilihat pasif di dewan rakyat, seolah-olah tidak ada alternatif atau mekanisme terbaik berbanding pihak kerajaan. . Sama ada tidak tahu membangkang atau masih dalam radar gaya politik kerajaan.

Sumber: Merdeka

Yang pasti, sentimen Melayu-Islam menjadi modal utama kempen mereka bersama Pasti Islam Semalaysia (Pas) hampir setiap kempen Pilihan Raya Kecil (PRK). Meskipun isu Melayu-Islam merupakan modal popular kempen, adakah itu merupakan solusi terbaik untuk memperbetulkan kos sara hidup dan ekonomi negara?

Pembangkang Gagal Manfaat Peluang

Malah, tidak ada barisan ‘kabinet bayangan’ yang solid di pihak pembangkang dalam menyusun strategi untuk menentang pihak kerajaan. Meskipun disokong oleh penyokong tegar dan pengundi-pengundi yang kecewa dengan PH, pembangkang gagal memanfaatkan peluang di sebalik kelemahan PH.

Sumber: Free Malaysia Today

Dalam masa yang sama, boleh dikatakan pembangkang tidak mempunyai ramai pemimpin berwibawa bagi menggalas tugas sebagai kerajaan menunggu. Ditambah pula dengan kontroversi-kontroversi rasuah yang melibatkan beberapa orang pemimpin BN. Justeru, kepercayaan rakyat masih lagi ragu-ragu.

Rakyat Masih Beri Kepercayaan Pada PH

Buktinya, berdasarkan Kajidata Research, masih ramai melihat pentadbiran PH lebih berdaya maju berbanding kerajaan BN sebelum ini. Dengan 40 peratus pengundi lebih cenderung memilih PH berbanding 16 peratus Pas dan 15 peratus BN. Jelas barisan pembangkang masih tidak dilihat sebagai solusi terbaik menggantikan kerajaan ketika ini.

Pembangkang wajar memanfaatkan sokongan rakyat yang sedang kecewa dengan pentadbiran PH hari ini dengan memberikan solusi-solusi terbaik dalam pelbagai isu, khususnya kepada masyarakat luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.

Rakyat mahu melihat apa yang mampu dilakukan oleh barisan pembangkang hari ini dengan memaparkan idea-idea dan solusi terbaik berbanding PH.

Mengharapkan Pembangkang Yang Lebih Kritikal

Apa lagi yang perlu ditakutkan. Cukuplah perarakan dan demonstrasi sekitar isu Melayu-Islam. Sudah tiba masanya, membina gerakan dan momentum yang lebih membugar. Rakyat ternanti-nantikan pembangkang yang kuat bagi memastikan tugas semak dan imbang di peringkat pusat menjadi lebih ghairah.

Sumber: Asia Sentinel

Sebagai pembangkang paling lama dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, semestinya Pas mempunyai tonik dan pengalaman berguna bagi membantu rakan-rakan yang lain.

Bagi BN, dan parti-parti pembangkang yang lain, mungkin kekok dan sukar bertatih untuk menjadi pembangkang, bantulah mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Mampukah pembangkang menjuarai isu-isu ekonomi mengatasi PH?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN