Jenama fesyen mewah Louis Vuitton bakal melancarkan koleksi set pensil warna yang direka khas dengan tema klasik dan didatangkan khas dengan bekas pensilnya menggunakan calfskin. Setiap batang pensil warna yang direka dengan ukiran lambing ‘LV’ disetiapnya menjadikan pensil ini serba ekslusif dan bergaya.

Dengan harga mececah RM3,000, pasti bukan calang-calang orang yang mampu untuk membeli dan menggunakannya. Namun begitu, di luar negara sudah ramai individu yang berpendapatan tinggi sudah menempah set pensil warna ini untuk dihadiahkan kepada anak-anak mereka.

 

Barang Berjenama Buat Kanak-kanak Rendah Diri

Sumber : mummyandboo.com

Sebelum ini tular isu beg berjenama Smiggle yang digunakan anak-anak untuk ke sekolah. Isu tersebut menerima reaksi ramai orang dari sudut positif dan negatif. Dalam ramai orang berkongsi kualiti dan rekaan yang menarik, ada juga yang mengecam sesetengah ibu bapa yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit hanya untuk beg sekolah anak mereka.

Bagi sesetengah orang, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah lebih banyak keperluan yang boleh dimiliki setara dengan harga beg tersebut. Mereka juga mempersoalkan adalah lebih baik duit tersebut digunakan untuk membantu orang-orang yang didalam kesusahan.

Yang menyedihkan, pakaian dan peralatan berjenama sesetengah kanak-kanak untuk ke sekolah mmbuatkan anak-anak lain yang kurang berkemampuan merasa rendah diri dan kurang keyakinan diri. Walaupun isu ini nampak remeh, namun mampu mempengaruhi pemikiran anak-anak tentang cara mereka melihat sesuatu.

Disinilah ibu bapa dan orang yang lebih dewasa perlu memainkan peranan mereka dengan sebaik mungkin dan menerangkan kepada anak-anak bahawa bukan semuanya keperluan. Ajar mereka untuk bersederhana dan jalani kehidupan mengikut kemampuan kita.

Namun yang menjadi persoalan, wajarkah tindakan ibu bapa yang membeli barang-barang berjenama untuk anak mereka dikecam dan pertikaikan?

 

Ajar Anak Hidup Susah, Jangan Hujani Dengan Kemewahan

Pasti ramai yang pernah mendengar nasihat-nasihat keibubapaan yang diberi oleh nenek dan atuk kita tentang jangan biasakan untuk mengajar anak hidup mewah, malah didiklah mereka untuk hidup secara bersederhana supaya tidak kekok jika suatu hari nanti mereka menghadapi kesusahan.

Dapat dilihat sekarang, rata-rata ibu bapa bekerja sehabis baik untuk menyediakan kesenangan untuk anak-anak. Namun begitu, ada juga ibu bapa yang kadang-kadang terlupa batas sehingga mereka seolah-olah tunduk sahaja dan memenuhi setiap permintaan anak-anak mereka.

Sumber : Uzone.id

Contohnya isu gajet, teknologi moden yang semakin meningkat penggunaannya dikalangan kanak-kanak seawal usia satu bulan. Sedangkan tiada keperluan untuk mereka mempunyai gajet sendiri. Mengikut kajian, sudah terbukti kesan buruk berpunca daripada penggunaan gajet dikalangan kanak-kanak boleh merosakkan banyak fungsi tubuh dan perkembangan mereka.

Bukan itu sahaja, jika dilihat dari segi berfesyen juga ramai ibu bapa yang sanggup berbelanja ribuan ringgit supaya anak mereka nampak mewah dan bergaya. Ketagihan untuk memaparkan setiap kelebihan anak-anak di sosial media juga adalah punca mengapa ibu bapa jadi begini. Pemikiran dan perlakuan dibentuk dengan corak yang kurang baik yang pastinya akan mempengaruhi sikap anak-anak kelak.

Apa-apa pun, ibu bapa tidak salah untuk ibu bapa berbelanj untuk anak-anak mereka asalkan tidak melampui batas dan tidak merosakkan ‘anak-anak’.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Jika berpeluang, mahukah anda membeli set pensil berwarna LV ini?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN