Semalam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyaran agar 30 peratus daripada pelantikan ketua kampung di negara ini diberi kepada kaum wanita dan golongan muda.

Saranan tersebut dibuat Menterinya, Zuraida Kamaruddin yang mahu memperkasa kedua-dua golongan ini agar diberi peluang yang sama untuk menjadi ketua kampung.

Sumber: Utusan Online

Bagaimanapun, apa yang disarankan oleh beliau itu dilihat tidak diterima masyarakat memandangkan masih ramai yang mahu jawatan tersebut diberi sepenuhnya kepada golongan lelaki dan jauh lebih berpengalaman berbanding wanita.

Pun begitu, apa yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini ada sebabnya memandangkan sudah tiba masanya  untuk golongan ini menyerlahkan potensi mereka dalam usaha memajukan komuniti setempat sekaligus turut sama membawa kepada kemajuan masyarakat.

Tidak Salah Wanita, Golongan Muda Jadi Ketua Kampung

Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya, bolehkah wanita menjadi pemimpin walaupun golongan lelaki dilihat lebih layak dan berkaliber?

Dalam hal ini, tidak ada salahnya sekiranya kerajaan berhasrat untuk membuka 30 peratus jawatan tersebut kepada golongan ini memandangkan mereka juga perlu diperkasa sama seperti golongan lelaki untuk memberi saingan yang sihat.

Sumber: Malaysia Stylo

Sekarang ini, walaupun golongan lelaki dilihat lebih diyakini kewibaannya namun kini, tiada yang memeranjatkan sekiranya wanita diberi keizinan untuk memegang jawatan yang sebelum ini diisi oleh kaum lelaki sahaja.

Malah, turut diakui kaum wanita pada masa kini lebih menyerlah berbanding lelaki. Masakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri juga diisi oleh golongan wanita inikan pula jawatan sebagai ketua kampung.

Biarpun ada yang menganggap golongan wanita adalah golongan yang lemah namun perkara tersebut bukanlah penghalang buat mereka untuk mencapai potensi sebenar untuk bersama-sama melibatkan diri dalam proses pembangunan negara.

Sumber: Harian Metro

Selagi mereka mampu memikul tanggungjawab itu selain bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh diterima dalam kalangan penduduk setempat, ianya tidak menjadi masalah kepada mereka untuk memegang jawatan sebagai ketua kampung.

Selain itu, walaupun golongan muda masih lagi dilihat ‘mentah’ untuk menjawat sesuatu jawatan itu namun ada baiknya juga sekiranya yang diisi oleh golongan veteran digantikan dengan mereka yang jauh lebih kuat dan mempunyai banyak idea.

Apa yang paling penting sekali, tidak kira sama ada jawatan tersebut diisi baik golongan wanita mahupun golongan muda, masyarakat perlu bersama-sama berganding bahu menyokong kepimpinan mereka demi kesejahteraan semua pihak.

Bukti Kerajaan Iktiraf Golongan Hawa

Isu pelantikan golongan wanita untuk menjadi ketua kampung bukan satu isu yang baru.

Sumber: Perak Today

Malah, sebelum ini, negeri Perak pernah mencatat sejarah apabila melantik ketua kampung dalam kalangan wanita, Esah Ahmad, 54, sebagai Ketua Kampung Balun, Slim River buat julung kalinya. 

Baik kerajaan dulu, dengan kerajaan kini, kedua-dua pucuk pimpinan ini jelas sekali mengangkat serta mengiktiraf golongan wanita dalam pembangungan negara.

Hal ini selaras dengan usaha menuju ke arah negara maju visi 2030, yang mana kesaksamaan gender adalah penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi untuk mengupayakan golongan wanita.

Jadi, selagi mana golongan ini mempunyai kemampuan untuk mengendali tugas sebagai ketua kampung, mereka tidak boleh dihalang atas faktor gender semata-mata.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, sesuaikah sekiranya jawatan Ketua Kampung diisi oleh golongan wanita dan golongan muda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN