Selepas kejadian kenderaan terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang, tiga hari lalu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menyaran supaya lebih banyak sekatan jalan raya dan rondaan pada waktu malam pada hujung minggu oleh pihak berkuasa di sekitar Jambatan Pulau Pinang.

Sumber: Free Malaysia Today

Mana tidaknya, sudah banyak kejadian kemalangan yang menyayat hati dilaporkan berlaku sehingga menyebabkan kenderaan terbabas hingga merempuh tembok lalu terjunam ke dalam laut.

Adakah disebabkan sikap pemandu itu sendiri yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan atau faktor lain yang menyebabkan ramai pemandu mabuk atau mengambil bahan yang terlarang menggunakan jambatan tersebut?

Jika dilihat kembali kepada kronologi kemalangan yang telah berlaku di jambatan tersebut, banyak kemalangan berlaku pada waktu pagi antara jam 1.30 pagi sehingga 6 pagi.

 

Buat Roadblock, Sesuai Ke? 

Walaupun cadangan yang disaran oleh Miros ini merupakan idea yang baik namun kebanyakan netizen tidak bersetuju untuk membuat sekatan jalan raya lebih-lebih pada hari minggu.

Ada yang mengatakan, sekiranya sekatan jalan raya dibuat, ianya bakal menyebabkan kesesakan trafik yang lebih teruk.

Sebaliknya, netizen mencadangkan agar kerajaan menambah lebih banyak kamera AES berbanding membuat sekatan jalan raya di jambatan Pulau Pinang.

Sumber: Suara Perak

Tidak kurang juga, ada netizen di media sosial menyambut baik cadangan tersebut dan menyatakan bahawa apa yang disaran oleh Miros itu sepatutnya dilaksanakan sejak dahulu lagi.

Ditambah pula dengan tambahan pemansangan kamera AES untuk mendidik pengguna lebuh raya supaya  memandu dengan cermat sekaligus mampu mengurangkan kemalangan.

Sumber: Bernama

Mana tidaknya, disebabkan pemandu lain yang memandu laju dan berada di bawah pengaruh bahan terlarang, nyawa pengguna lebuh raya yang tidak bersalah pula yang mendapat tempiasnya.

Mungkin disebabkan tidak banyak kenderaan berada di atas jalan raya pada waktu tengah malam dan pagi menyebabkan ramai yang berani menggunakan lebuh raya pada waktu tersebut dengan memecut laju mengalahkan pemandu Formula 1 di litar.

Walaupun ramai di antara kita tidak selesa apabila pihak berkuasa mengadakan sekatan jalan raya di kawasan tertentu namun apa yang dilakukan mereka itu sebenarnya adalah untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan pengguna jalan raya.

 

Sekatan Jalan Raya Diadakan Untuk Kesejahteraan Semua Pihak 

Sumber: http://duniaitu.blogspot.com

Apabila pihak berkuasa menjalankan sekatan jalan raya, ia bukanlah satu tindakan yang hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata dan akan menimbulkan kesesakan teruk di jambatan tersebut.

Malah, apa yang dilakukan oleh mereka itu adalah untuk mengesan kesalahan lalu lintas serta mencegah dari timbulnya masalah jenayah seperti yang berlaku ke atas sebuah kenderaan jenis kereta utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke dalam laut hingga menyebabkan pemandunya terkorban.

Sebagai pengguna lebuh raya, kita mungkin tidak sedar akan beberapa kesalahan jalan raya yang boleh menyebabkan kita disaman.

Sumber: mStar

Antara kesalahan lalu lintas yang kerap kali pengguna lebuh raya lakukan adalah , memandu dengan tidak berhemah dan tanpa dokumen memandu yang sah seperti tidak memiliki lesen memandu, tidak memperbaharui cukai jalan atau memandu di bawah pengaruh alkohol serta ubat-ubatan yang mengkhayalkan.

Selain boleh mengesan kesalahan lalu lintas, sekatan jalan raya juga membolehkan pihak berkuasa untuk mengesan suspek jenayah yang dikehendaki oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebagai pemandu yang berhemah, pastikan kenderaan serta lesen memandu ada berada dalam keadaan baik kerana sekiranya pihak berkuasa melakukan sekatan jalan raya sekalipun, anda boleh menghadapinya dengan tenang tanpa menimbulkan sebarang perlakuan yang mencurigakan.

Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka kerana apa yang dilakukan itu adalah untuk kesejahteraan semua pihak juga.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, sesuaikah sekatan jalan dibuat di jambatan Pulau Pinang pada hujung minggu?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN