Bentuk asuhan ibu bapa boleh dianggap sebagai kata kunci paling kritikal dalam membentuk peribadi seorang anak berikutan cenderung meninggalkan pengaruh dalam kehidupan individu di masa akan datang.

Sumber: Harian Metro

Dan ibu antara individu yang paling dekat dengan anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Ibulah yang mencorak asuhan kepada anak-anak di rumah ketika bapa mencari rezeki diluar.

Namun, realitinya tidak seindah biasa apabila kini masyarakat kita dihidangkan dengan berita ibu bapa bunuh anak, anak bunuh ibu bapa dan bermacam-maca lagi kes yang sadis.

Bunuh Kerana Cemburu

Inilah yang dihidangkan kepada masyarakat kita hari ini, kejadian yang berlaku di Jakarta Indonesia apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati dibunuh selepas dirogol dua abang angkatnya di rumah.

Sumber:Kompas.com

Menurut detik.com dua beradik itu merogol mangsa sejak tiga bulan lalu dan yang paling mengejutkan ia dibawah pengetahuan ibu kandung mereka.

Susulan kes itu, pada hari kejadian ibu berkenaan cemburu dengan mangsa kerana anak lelakinya merogol mangsa, akibat itu dia mencekik mangsa sehingga mati, malah dibantu oleh dua anak-anaknya itu dan mangsa dicampak ke dalam sungai yang tidak jauh dari rumah mereka.

Cemburu kerana anak lelaki merogol mangsa? Ibu jenis apakah ini yang sanggup mempunyai perasaan jijik sebegitu. Tidak layak digelar sebagai ibu.

Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Lelaki Sendiri

Diluar pemikiran manusia yang waras, bagaimana seorang ibu sanggup melakukan sumbang mahram dengan kedua-dua anak lelakinya itu.

Sumber:Kompas.com

Difahamkan selepas membunuh mangsa, ibu bersama dua anak lelakinya itu melakukan sumbang mahram disebelah mangsa yang sudah tidak bernyawa sebelum membuangnya ke sungai.

Memetik laporan Kompas.com, ketiga-tiga mereka melakukan hubungan haram itu ketika ketiadaan suami dan bapa mereka di rumah.

Manusia jenis apa yang sanggup melakukan perkara terkutuk sebegitu? Binatang pun sayangkan anak-anaknya.

Sering Tonton Video Lucah

Disebabkan terlalu gemar menonton filem lucah di Internet, mereka memiliki keinginan seks yang pelik dan jelik sehingga sanggup memperkosa kanak-kanak itu dan melakukan  bersama ibu kandungnya.

Sumber: Bebas Baru

Malah ibunya turut menonton bersama dan itulah yang menyebabkan kejadian sebegini terjadi. Ramai yang tersalah langkah antaranya dengan menonton video lucah bagi memuaskan nafsu.

Sumber: Harian Metro

Ketagihan ini mengundang bala kepada mereka kerana penemuan mayat berkenaan telah mengheret mereka ke penjara.

“Ibu Sepatutnya Bimbing Anak”

Rata-rata wargamaya amat terkejut dengan kejadian ini dan mereka menyatakan bahawa seorang ibu sepatutnya mendidik anak-anak mereka supaya menjadi insan yang lebih baik dan menjaga hubungan kekeluargaan.

Sumber: FB Fedtri yahya

Tindakan ibu yang melakukan sumbang mahram ini adalah perbuatan terkutuk yang berlaku di negara ini. Akhlak ibu itu sendiri sudah rosak dah jauh dari didikan agama sebenar.

Sumber: FB Fedtri yahya

Mana-mana agama pun melarang melakukan hubungan sebegitu dengan anak-anak. Mana sifat keibuannya?

“Patut Indonesia Banyak Bala”

Apabila berlaku sesuatu musibah, bala’, fitnah atau tragedi alam, kita lazim berkata “Pasti ada sebab atau hikmah Allah di sebaliknya. Ia hanya satu peristiwa yang buruk pada ukuran manusia tetapi tidak buruk pada ukuran Allah.”

Ada wargamaya yang melontarkan pandangan bahawa kejadian-kejdain seperti inilah yang menyebabkan negara Indonesia mendapat bala dari Allah.

Sumber: FB Fedtri yahya

Persoalan adalah, sejauh mana kita yakin dan tenteram dengan perkataan tersebut? Kerana orang yang melakukan dosa besar, orang yang tidak bersalah juga terkena tempiasnya.

Itu antara pandangan wargamaya terhadap kes-kes yang pernah dilaporkan di  negara Indonesia.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN