Pernahkan anda mengalami kekejangan secara mengejut di bahagian betis kaki secara tiba-tiba atau ketika duduk dan berdiri dengan lama? Atau rasa sakit tidak terkata di bahagian betis seakan-akan seperti ditarik dengan tegang sehingga menimbulkan rasa sakit yang amat sangat.

Jika pernah, anda sedang mengalami serangan simpul mengkarung atau lebih dikenali sebagai kekejangan otot (cramp).

Serangan simpul mengkarung seperti ini boleh menyerang sesiapa saja pada bila-bila masa.

Ketika kekejangan ini menyerang, kebiasaannya otot di bahagian betis ditarik hingga boleh menimbulkan urat yang tersimpul.

Walau bagaimanapun, ada yang beranggapan serangan simpul mengkarung ini disebabkan faktor genetik keluarga dan ada pula yang mengatakan serangan berlaku kepada mereka yang jarang bersukan.

Jadi, apa sebenarnya punca yang menyebabkan serangan ini berlaku? Adakah betul ianya disebabkan genetik keluarga?

 

Punca Berlakunya Simpul Mengkarung

Sumber: WTSP

Menurut pakara perubatan, simpul mengkarung yang sebenarnya berlaku bukanlah disebabkan genetik daripada keluarga. Itu hanya mitos.

Namun sebenarnya, ia berpunca daripada dehidrasi di mana individu tersebut kekurangan garam mineral di dalam badan.

Selain itu, keadaan otot yang tegang serta kelancaran darah yang tidak sempurna di bahagian kaki disebabkan posisi tidur yang tidak sempurna juga boleh mengakibatkan berlaku kekejangan.

Serangan seperti ini lazim menyerang wanita hamil yang kerap mengalami simpton otot mengeras dengan disertai rasa sakit di bahagian yang diserang itu.

Apa yang lebih merisaukan, serangan ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan amat membahayakan jika ia berlaku ketika seseorang itu sedang bersukan.

Bagaimanapun, serangan sebegini bukan satu serangan yang berbahaya jika kita tahu cara untuk mengawal kesakitannya.

 

Cara Mengawal Serangan Simpul Mengkarung

Sumber: Pure Mags

Jika serangan ini berlaku ketika kita sedang tidur mahupun bersukan, cara yang terbaik untuk mengurangkan kesakitan serangan itu adalah dengan cara berdiri dan berjalan.

Hal ini bagi membolehkan aliran darah mengalir lancar turun ke bahagian kaki dan sekaligus menghilangkan serangan tersebut.

Ada juga yang menggunakan ais untuk mengurangkan kekejangan tersebut.

Namun apa yang pasti, serangan ini sememangnya amat menyakitkan tetapi jika dibiarkan tanpa sebarang urutan mahupun regangan, ianya akan mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Sebelum tidur, seeloknya seseorang itu mengerakkan sendi tangan dan kaki supaya darah dapat mengalir dengan lancar dan pastikan kita minum air yang secukupnya bagi mengelak serangan ini daripada kerap berlaku.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Adakah amalan hidup yang sihat boleh mengurangkan serangan simpul mengkarung?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN