Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuat naik sebuah video yang memaparkan beliau diserang sekumpulan penyokong pembangkang selepas selesai sesi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Semenyih (PRK Semenyih).

Dalam video tersebut, Syed Saddiq yang sedang melalui satu kawasan dipenuhi penyokong BN turut dicaci dengan kata-kata kesat, selain menghalang dan mengerumuninya ketika dalam perjalanan menuju ke keretanya.

Namun, beliau bernasib baik apabila Unit Amal (Pas) dan pasukan polis bertindak pantas untuk meleraikan kumpulan terbabit.

Sumber: Free Malaysia Today

Pada masa sama, seorang lelaki termasuk Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali Papagomo dilaporkan berlari dan menuju ke arah Syed Saddiq, sebelum menerjah dan bertindak ganas mencekak leher serta mengugut beliau.

Selepas video tersebut menjadi tular, netizen di media sosial dilihat mengecam teruk tindakan penyokong BN yang dikatakan keterlaluan malah tidak kurang juga ada yang mengecam Syed Saddiq kerana dikatakan mahu mencetuskan provokasi semata-mata.

Nafi Sengaja Cetus Provokasi

Sumber: mStar

Ya, memang benar tindakan Syed Saddiq itu dilihat seolah-olah mahu mencetuskan provokasi apabila beliau sendiri melalui laluan yang dikhaskan kepada penyokong BN dan Parti Sosialis Malaysia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun beliau menafikan perkara tersebut.

Katanya, ketika kejadian, beliau tidak melakukan apa-apa provokasi dan tidak mengeluarkan sebarang perkataan kecuali memberi salam walaupun menerima kata cacian dan makian daripada penyokong pembangkang kemudian terus berjalan menuju ke kereta.

Namun, lain pula yang terjadi apabila kumpulan terbabit bertindak ganas mahu mencederakan dirinya ketika ketiadaan pemandu peribadi termasuklah Papagomo.

Jadi, dakwaan yang mengatakan bahawa beliau sengaja mahu mencetuskan provokasi dengan memasuki kawasan pembangkang adalah tidak benar sama sekali sepertimana yang diperkatakan ramai pihak.

Sumber: Kosmo

Berikutan serangan itu, Syed Saddiq tampil membuat laporan polis terhadap kumpulan terbabit termasuk Papagomo yang didakwa mencekik beliau ketika kekecohan itu berlaku. 

Tidak Ikut Saranan SPR?

Umum mengetahui, sekiranya kawasan itu telah ‘dijaga’ oleh sekumpulan parti, berkemungkinan besar parti lawan yang melalui kawasan tersebut akan mendapat tempiasnya.

Melihat kepada insiden ini, kedua-dua pihak wajib dipersalahkan memandangkan serangan yang dilakukan penyokong Barisan Nasional (BN) dengan menghamburkan kata-kata kesat adalah tidak wajar.

Tidak kurang juga, tindakan Syed Saddiq yang juga seolah-olah sengaja mencetuskan provokasi kerana menggunakan laluan yang dikhaskan kepada pembangkang. 

Sumber: Astro Awani

Sedangkan, ada sahaja laluan lain yang disediakan oleh untuk penyokong Pakatan Harapan (PH) bagi mengelak mereka dari bertembung dengan parti lawan sekaligus mengundang pergaduhan.

Ya, walaupun Syed Saddiq dilihat tidak mencetuskan sebarang provokasi dari segi kata-kata namun perbuatannya melalui kawasan terbabit sama sekali boleh mengundang kemarahan penyokong pembangkang lebih-lebih lagi apabila kawasan itu sudah dikhaskan kepada mereka.

Kesimpulannya, semua ahli politik tidak kira baik kerajaan mahupun pembangkang, bagi mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku, seeloknya kita ikut sahaja laluan yang telah dikhaskan oleh SPR untuk mengelak sebarang perselisihan faham antara kedua belah pihak.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah tindakan Syed Saddiq ini boleh dikatakan mencetuskan provokasi semata-mata kerana menggunakan laluan yang dikhaskan kepada penyokong BN dan Parti Sosialis Malaysia?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN