Kini, kita melihat pentadbiran Umno seolah-olah hilang arah tuju, kebanyakan pemimpin dan ahli Umno keluar parti tanpa menghiraukan pucuk pimpinan tertinggi.

Mereka kini lebih lantang bersuara dan menyatakan sokongan yang penuh kepada Kerajaan Pakatan Harapan dibawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terkini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menyerahkan tugasnya sebagai presiden Umno kepada timbalannya Datuk Seri Mohamad Hassan.

Mohamad atau lebih mesra disapa Tok Mat kini memiliki kuasa penuh sebagai presiden sehingga masa yang ditetapkan dengan disokong tiga naib presiden, sayap dan Majlis Tertinggi.

Kata Zahid, Tok Mat bagaimanapun tidak diberikan jangka masa tertentu untuk mengemudi parti Melayu berkenaan.

 

Kenapa Tiada Tempoh Waktu Ditetapkan?

Lebih pelik dan janggal lagi, cuti sementara dan menyerahkan tugas kepada timbalannya yang diumumkannya itu tiada tempoh tertentu yang ditetapkannya.

Kenyataan ini mengundang pelbagai reaksi orang ramai termasuk penganalisis politik, Shahbudin Husin.

Sumber: Bacalah Malaysia

Beliau mempersoalkan perkara tersebut apakah makna semua ini? Adakah Zahid akan kembali semula sebagai Presiden Umno yang berkuasa penuh sebagaimana sebelumnya?

Cuti sementara tanpa tempoh ini memang pelik dan tidak pernah dibuat orang lain, barangkali inilah pertama kali dalam dunia kerana biasanya cuti sementara memang ada tarikh akhirnya.

Yang Dipertuan Agong atau Perdana Menteri sekali pun apabila mengambil cuti sementara, ia mesti ada tempoh akhir tertentu yang ditetapkan.

Dalam hal ini, kata Shabudin, Zahid seharusnya sedar yang diminta oleh ahli Umno sebelum ini ialah agar beliau meletakkan jawatan atau berundur dengan mengambil cuti sehingga kes mahkamahnya selesai, bukan cuti sementara yang tiada tarikh akhirnya.

Sumber: Malay Mail

Kalau pun enggan meletakkan jawatan, mengapa Zahid tidak mahu mengambil cuti sementara sehingga kes mahkamahnya selesai?

Bukankah itu lebih baik dan memberi ruang masa yang lebih jelas kepada timbalannya dalam menjalankan tugas?

Sumber: The Malaysian Times

Nampaknya, Zahid masih terlalu sayang untuk melepaskan jawatan presiden Umno yang disandangnya berbanding tindakan jujur ke arah memulihkan kedudukan parti secara menyeluruh.

Adakah Zahid mahu mencatat sejarah sebagai Presiden Umno yang pertama dihukum bersalah oleh mahkamah dan dimasukkan ke penjara?

 

Alasan Zahid Serah Tugas Serta Merta

Menurut Zahid , langkah serah tugas itu diambil bagi mengelak lebih ramai ahli meninggalkan parti Melayu itu.

Ini kerana ramai pemimpin Umno telah mendesak Zahid untuk melepaskan jawatannya kini. Walaubagaimanapun, Zahid berharap semua polemik mengenai kepimpinan akan berakhir.

Walaupun Zahid menafikan beliau menerima tekanan membuat keputusan itu, namun beliau percaya ia punca utama dan penyerahan tugas kepada Tok Mat ini adalah jalan terbaik untuk parti Umno.

Bulan ini sahaja, Umno kehilangan besar pemimpin dan ahli parlimen parti itu untuk bergerak sebagai pembangkang.

 

Zahid Cuba Menipu Rakyat

Nampaknya tindakan Zahid ini seolah-olah mahu meredakan keadaan sementara waktu sahaja. Beliau tahu ramai ahlinya keluar parti adalah kerana beliau sebagai Presiden Umno.

Sumber: NST

Serahkan tugas sepenuhnya kepada Tok Mat, tetapi Zahid masih Presiden? Kerja tidak buat tetapi dapat gaji?

Adakah Zahid ada perancangan yang tersendiri untuk memulihkan namanya yang kini semakin cemar?

Zahid dalam satu kenyataan di portal menyatakan semasa mesyuarat pertama yang dirahsiakan itu, beliau bukan sahaja menghadapi penolakan tapi penghinaan.

Zahid memaklumkan dalam pertemuan rahsia itu beliau terpaksa membayar harga yang mahal kerana bertegas Umno tidak boleh dibubarkan.

Beliau memberitahu ketika pertemuan berkenaan berlangsung beliau ialah pemangku presiden Umno.

 

Ahli Umno Sokong Zahid

Beberapa ahli Umno menyatakan sokongan terhadap tindakan Zahid itu dan ia merupakan jalan terbaik untuk mengukuhkan Umno daripada terus hilang begitu sahaja.

Sumber: Bacalah Malaysia

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sungguhpun sedih dengan keputusan tersebut tetapi, langkah itu dilihat dapat menyelamatkan parti dan menghalang lebih ramai pemimpin Umno keluar daripada parti itu.

Berdasarkan kemelut yang Umno hadapi dengan tindakan keluar parti dan ura-ura lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian, keputusan yang dibuat presiden dilihat wajar.

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin juga berpendapat ia satu keputusan yang sukar tetapi perlu diambil demi mengukuhkan parti.

Sumber: Blog Ammar

Bekas calon Presiden Umno yang lantang mengkritik parti, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga memuji tindakan presidennya, Zahid Hamidi.

Melalui Twitter Khairy menyifatkan tindakan menyerahkan kuasa memimpin parti kepada sebagai tindakan tepat.

Sebelum ini pelbagai pihak menuntut Ahmad Zahid meletakkan jawatan termasuk Khairy.

Ia susulan tindakan 17 Ahli Parlimennya keluar parti selepas tidak pasti dengan hala tuju parti itu.

 

Zahid DIdesak Lepas Jawatan Seperti Najib Razak

Ramai yang tahu Zahid kini berdepan lebih 40 tuduhan jenayah rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah.

Zahid mula menjadi presiden Umno pada 1 Julai lalu selepas mendapat undi majoriti daripada 190 bahagian parti itu di seluruh negara.

Sumber: The Coverage

Bagaimanapun kepemimpinan bekas timbalan Najib Razak itu gagal menyerlah dan menyatukan parti.

Kegagalan calon yang dilihat sealiran dengan Zahid juga menyukarkan beliau mengemudi Umno selepas hilang kuasa sepenuhnya di peringkat pusat, selain hanya bertahan di Pahang dan Perlis.

Beberapa bekas menteri kanan pada era BN juga secara terbuka memberi tekanan kuat kepada Ahmad Zahid supaya berundur.

 

Hayat Zahid Dihujung Tanduk?

Kita tahu sokongan rakyat terhadap Umno dan BN telah terjawab pada PRU-14 yang lalu, tujuan utama adalah untuk menumbangkan parti itu di bawah pentadbiran Najib ketika itu.

Dengan pelbagai skandal, salahguna kuasa, penyelewengan dan banyak lagi telah berjaya menjatuhkan kerajaan yang telah mengemudi kerajaan selama 61 tahun.

Kini ahli Umno sendiri juga sedang menepis kepercayaan dan sokongan terhadap parti sendiri dan juga Zahid kerana ketidak percayaan ahli terhadap Zahid.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Zahid melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno kerana pertuduhan di mahkamah?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN