Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang akan diadakan pada 13 April ini semakin dirasai.

Sumber: Malaysian Update

Mana tidaknya, keempat-empat calon yang bertanding iaitu calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan atau Tok Mat; calon Keadilan (PKR) Dr Streram, dan dua calon bebas R Malar dan Mohd Nor Yassin yang kini sudah mula turun padang menyertai kempen untuk menarik sokongan pengundi.

Jika sebelum ini, ada yang menggunakan teknik memasaknya untuk mendekati pengundi, kini ada pula calon yang menggunakan penyepit baju untuk berkempen selama dua hari!

Tindakan calon bebas R. Malarvizhi itu mungkin baginya dilihat unik untuk mendekati pengundi namun tidak bagi sebahagian besar netizen di media sosial yang mengkritik tindakannya itu.

 

Gila Glamor?

Sebelum ini, mana pernah lagi calon turun berkempen dengan menyepit bibir menggunakan penyepit baju sambil mengedarkan kad kempen ketika bertemu dengan pengundi.

Sumber: Malaysiakini

Dan ada kalanya beliau menggunakan pita pelekat untuk menutup mulutnya.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Adakah apa yang dilakukan beliau itu hanya untuk mencari publisiti murahan semata-mata memandangkan beliau merupakan calon bebas dan mungkin masih tidak dikenali ramai atau sebaliknya?

 

Sebagai Tanda Protes

Walaupun tindakan yang dilakukan beliau itu mengundang kritikan pelbagai pihak namun apa yang dilakukannya itu mempunyai mesej tersirat yang hendak disampaikan kepada pengundi.

Sumber: Astro Awani

Apa yang dilakukan oleh Malarvizhi itu adalah sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan dan juga pembangkang yang tidak membenarkan calon mereka bercakap pada dua PRK sebelum ini.

Katanya, pada PRK Cameron Highland, BN tidak membenarkan calon untuk bersuara yang mana perkara sama turut sama dilakukan pemimpin PH ketika PRK Semenyih, baru-baru ini.

Walaupun tindakannya itu seolah-olah seperti ‘gila glamor’ namun apa sebenarnya yang hendak dibawa adalah untuk mewujudkan kesedaran yang mana apabila tiada komunikasi, tidak ada apa yang boleh disampaikan antara calon dan pengundi.

Jadi, adalah perlu untuk calon yang bertanding untuk membuka mulut dan berkomunikasi dengan pengundi yang mana bukan pemimpin-pemimpin kanan sahaja yang layak bersuara.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah apa yang dilakukan oleh Malarvizhi ini satu langkah yang berkesan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengundi dan pemimpin bahawa ‘komunikasi’ itu adalah penting dan tidak boleh dihalang sama sekali?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN