Sumber: Astro Awani

Dunia hari ini semakin pelik dan aneh. Sepit baju yang fungsi utamanya untuk menyepit pakaian di ampaian telah menjadi fesyen ‘aneh’ di negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat (AS). Mana tidaknya, aksesori rumah ini mula menjadi salah satu fesyen anting-anting sehingga mendatangkan kegilaan bagi golongan wanita.

Sepasang anting-anting ini dikenali sebagai ‘Nobo Clip Earring’. Ia direka dengan pelbagai pilihan warna neon seperti perak, oren, emas dan hijau, anting-anting ini dikatakan menjadi pilihan bagi koleksi golongan hipster yang inginkan perhatian.

Sama Dengan Penyepit Baju?

Anda tidak percaya bukan? tetapi hakikatnya ini yang sedang berlaku di luar sana. Cuba anda bandingkan penyepit baju di rumah anda. Sama bukan? Begitulah dunia fesyen yang ‘aneh’ hari ini di negara-negara Barat.

Jangan terkejut dengan tawaran harganya. Berdasarkan laporan Astro Awani, sepasang anting-anting berjenama Ambush ini dijual pada harga AS$400 bersamaan RM1,630 ! Lumayan bukan? Bagi kita di sini ternyata harganya tidak masuk akal.

Sumber: Google

Berdasarkan carian di internet, ternyata tawaran bagi aksesori ini benar. Harga yang ditawarkan sememangnya tidak masuk akal. Barangan ini sekiranya di Malaysia boleh didapati dengan nilai RM2 tetapi bagi dunia fesyen di sana mampu dijual dengan harga RM1,630.

Beberapa Laman Sesawang Turut Menjual

Sumber: Hypebeast

Sekiranya anda tidak percaya, boleh layari laman Hypebeast. Laman ini memaparkan fesyen-fesyen barangan lelaki dan perempuan, muzik, video dan lain-lain lagi. Dengan harga tawaran paling murah serendah AS$398 anda boleh dapatkan sepasang anting-anting ‘aneh’.

Selain Hypebeast, laman sesawang Whatdropsnow turut memaparkan penjualan aksesori ini dengan harga yang lebih murah AS$364. Hakikatnya, harga barangan ini sememangnya tidak masuk akal dan menjadi persoalan bagaimana fesyen sebegini boleh menjadi minat bagi golongan hipster.

Sumber: Whatdropsnow

Jika trend fesyen ini terus berlarutan, mungkin peluang bagi usahawan-usahawan negara kita bagi menceburkan diri mengembangkan perniagaan di sana? Bak kata pepatah, untung sabut timbul untung batu tenggelam. Siapa sangka anda mampu menjana keuntungan yang lumayan di sana.

Sumber: Astro Awani

Adakah Menjadi Fesyen Di Malaysia?

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada trend ini telah tular di negara kita dan menjadi ikutan golongan-golongan hipster. Sekiranya ya, mungkin harga jualan produk tersebut akan meningkat dengan mendadak dan ini akan mendatangkan masalah bagi golongan suri rumah di negara kita.

Apa pula pandangan anda?

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa trend ini akan tersebar di Malaysia?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN