Tular satu gambar di Facebook yang dikatakan telah menghina Rasulullah dan juga isteri Baginda telah menimbulkan kekecohan di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Tindakan tersebut datang dari seorang pengguna facebook yang bernama Foo Sing Wai dan telah meyifatkan Baginda sebagai seorang yang memanipulasi kanak-kanak.
Timbul Kemarahan Orang Islam
Berkenaan dengan perkara tersebut, beberapa individu dan badan bukan kerajaan (NGO) telah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap lelaki terbabit.
Gambar kartun dalam keadaan bogel yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad dan kanak-kanak berusia enam tahun sebagai Aisyah telah menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya masyarakat Islam.
Turut memberi respon, ketua pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang berharap pihak kerajaan tidak pilih kasih terhadap sesiapa yang memainkan sentimen perkauman dan penghinaan terhadap mana-mana agama.
Atas desakan orang ramai, lelaki berusia 68 tahun itu ditahan polis di rumahnya di Mentakab, Pahang.
Wajib Mempertahankan Dan Memuliakan Rasulullah
Mufti Wilayah Persekutuan, S.S. Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri pernah menulis berkenaan mempertahankan dan memuliakan Rasulullah SAW adalah menjadi kewajiban buat semua umat Islam, serta haram sama sekali menghina Baginda.
Tambahnya lagi, Rasulullah adalah insan yang paling mulia dipilih Allah, tidak seperti manusia lain.
Selain itu, Baginda mempunyai pelbagai keistimewaan yang tidak ada pada orang lain dan Rasulullah juga dijadikan Allah sebagai ikutan dan panduan untuk semua.
Â
Kesan Tidak Menjaga Sensitiviti
Sensitiviti agama yang dibangkitkan dalam masyarakat pada masa kini amat membimbangkan kerana konflik atau isu-isu yang menyentuh kesucian agama terutamanya agama Islam boleh mendatangkan perbalahan antara masyarakat di Malaysia.
Namun, walaupun telah digariskan dalam perlembagaan, konflik antara agama turut berlaku dalam masyarakat tidak kira isu yang dibawa oleh penganut bukan Islam mahupun penganut Islam sekalipun.
Gejala seperti ini perlu ditangani segera agar tidak berleluasa selain untuk mengelak timbulnya kebencian sesama kaum.
KATA ORANG
Kat sekolah, kawan ejek mak ayah pun boleh buat gaduh. Inikan pula orang hina Nabi kita 😡
— Encik Hafizjo (@HafizJoharr) February 19, 2019
Kurang ajar dan biadap sekali..!!manusia mcm nie xkn kita nk biarkn..pdrm tolonglh tgkp org yg hina nabi muhammad s.a.w..😠😡 pic.twitter.com/hGSRxk7U6p
— Nurina (@Nurina70478107) February 18, 2019
Makin menjadi-jadi puak puak Malaysia Baru ni..
— zalizah_nasir (@zalizah_nasir) February 18, 2019
Mula-mula hina Agung pastu hina Nabi SAW.
Kita marah orang hina Nabi SAW menggunakan lakaran yang teramat jijik itu.....tapi akhirnya kita sendiri yang sakan sebarkan lakaran jijik itu atas nama ingin membela.
— Usamah K (@UsamahKamar) February 18, 2019
Nampak sangat orang Islam ni senang kena game.... https://t.co/WtLXkZYrWn