Jika anda mengalami masalah senggugut yang teruk secara berpanjangan jangan terus berdiam diri pergi dapatkan rawatan yang sewajarnya daripada doktor. Ini kerana berkemungkinan anda mengalami masalah kesihatan pada sistem peranakan atau reproduksi.

Senggugut juga dikaitkan dengan masalah asid arachidonik dan hormon prostaglandin yang ada dalam sistem peranakan wanita.

 

Apa Itu Senggugut ?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kita alami semasa permulaan period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit

Senggugut adalah himpunan simptom fizikal, psikologi dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita.

Dianggarkan 80% wanita pada usia boleh mengandung mengamali simptom itu. Dan ia biasanya boleh di jangka dan berlaku secara tetap semasa 2 minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

 

Apa Kata Pakar O&G (Obstetrik dan Ginekologi)

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Canselor Tunku Muhriz dan Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM PPUKM), Prof Dr Nur Azurah Abd Ghani, berkata sakit berpanjangan ini dikenali sebagai senggugut sekunder dan perlu diberi perhatian.

Sumber: Colour Box

Endometriosis berlaku apabila darah rahim masuk melalui tiub fallopian dan menitik ke atas organ lain seperti perut, kilang telur, usus dan rahim itu sendiri yang menyebabkan sakit ketika haid.

Bagi orang biasa, tubuh mempunyai mekanisma untuk membersihkannya secara automatik tetapi penderita endometriosis, pembersihan ini tidak berlaku.

Sekiranya dibiarkan, endometriosis boleh menyebabkan sukar hamil dan kadangkala sakit ketika mengadakan hubungan kelamin.

Tiada rawatan memulihkan endometriosis kecuali puncanya dibuang iaitu membuang rahim tetapi ini tidak dibuat individu belum berkahwin.

 

Apa Itu Endometriosis? Dan Bahayanya Pada Wanita?

Sumber: eDiagnosa

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid.

Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Endometriosis terjadi pada antara 10% hingga 15% wanita subur yang berusia 25-44 tahun, dan 25% hingga 50% wanita mandul dan boleh juga terjadi pada usia remaja. Puncanya akan menyebabkan anda mandul.

 

Cara Rawatan Endometriosis

Sumber: Med-Acu

Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus).

Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis.

Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan.

Namun, menurut pakar O&G, pembedahan secara laparotomi atau laparoskopi akan dilakukan dengan menebuk rahim bagi mengeluarkan darah di dalamnya.

Selepas pembedahan, anda akan diberi pil hormon untuk memberhentikan kitaran haid bagi memastikan darah tidak kembali terkumpul di dalam rahim bagi mengurangkan kesakitan.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Perlukah wanita peka dengan rahim mereka dan elakkan penyakit ini melanda kaum wanita?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN