Jika di dalam cerita, watak Spiderman seringkali menjadi tumpuan ramai disebabkan kehebatannya melawan penjahat. Tetapi, lain pula jadinya dengan kisah Spiderman yang tular di Malaysia kerana ditangkap oleh pihak berkuasa.

Sumber: mStar

Lebih mengejutkan, individu yang memakai kostum adiwira tersebut merupakan warga Bangladesh, 38 tahun, yang sengaja menyembunyikan identitinya bagi meraih pendapatan dengan memakai kostum terbabit.

Lelaki terbabit juga dipercayai mengenakan bayaran sebanyak RM5 bagi setiap keping gambar yang diambil dari pelancong ataupun kanak-kanak yang tertarik dengan kostum tersebut serta turut menjual permainan.

Namun, tindakan licik lelaki itu membawa padah apabila dicekup Jabatan Imigresen Melaka (JIM) yang melakukan risikan kira-kira lima jam hasil aduan orang ramai di beberapa lokasi sebelum menahan lelaki itu sekitar Bandar Hilir, Melaka.

 

Guna Dokumen Palsu Raih Simpati

Sumber: The Vocket

Hasil pemeriksaan awal, pihak JIM turut mendapati lelaki terbabit menggunakan pas lawatan sosial yang mana dia telah tinggal lebih masa di Malaysia selain turut memiliki salinan dokumen palsu untuk meminta wang daripada orang ramai.

Selain itu, lelaki terbabit juga dipercayai sudah aktif melakukan aktivitinya sejak lebih tiga bulan lalu dan mempunyai majikan sebelum bergerak sendiri.

Nampak tak, pengemis warga asing juga sudah pandai menggunakan taktik licik seperti ini tanpa perlu bekerja keras bagi mendapat wang secara mudah?

Tidak pasal-pasal, orang kita pula yang tertipu dengan helah mereka dengan ‘memancing’ kanak-kanak yang meminati watak adiwira tersebut untuk mendapatkan wang.

 

Orang Ramai Perlu Lebih Cakna 

Kita biasa lihat orang memakai kostum ini hanya untuk melariskan jualan semata-mata. Dan sekiranya terjumpa orang yang memakai kostum adiwira, jarang sekali kita dikenakan bayaran hanya untuk bergambar dengannya.

Gambar sekadar hiasan

Memang tidak dinafikan, pengemis warga asing sering menjadikan Malaysia sebagai lubuk untuk mereka mendapatkan wang. Bayangkan dalam masa tiga bulan dia menjalankan aktiviti sebegini. Sudah berapa banyak hasil pendapatan yang berjaya mereka kutip dalam masa sehari?

Jadi jangan terkejut, kerana ada kalangan pengemis warga asing ini sebenarnya mampu mengutip hasil pendapatan jauh lebih lumayan daripada orang yang menghulurkan bantuan sehingga ada yang mencecah hampir RM1,000 sehari.

Jika kita sedang berjalan-jalan dan datang individu yang dilihat meragukan dalam meminta sedekah atau apa-apa sumbangan, seeloknya jangan beri apa-apa bagi mengelak dari ditipu.

Bukan hendak menyekat amalan memberi derma dalam kalangan masyarakat, tetapi sebelum memberi wang pada individu sebegini, periksa dan semak terlebih dahulu bagi mengelak dari ditipu pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup melakukan penipuan untuk jana pendapatan tanpa perlu bekerja keras. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai kes ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN