Sebuah MPV di China meletup dan terbakar dipercayai berpunca daripada tindakan penumpangnya yang menyembur minyak wangi ketika seorang lagi penumpang sedang menghisap rokok.

Kebakaran yang berlaku dengan pantas selepas letupan yang pertama berlaku, merebak dengan pantas ke seluruh bahagian kereta mengakibatkan kedua-dua mangsa terus terperangkap di dalam kereta dan tidak boleh keluar.

Walaupun orang ramai dilihat cuba menolong dengan memecahkan cermin kenderaan berkenaan namun masih tidak berjaya untuk mengeluarkan mangsa.

Melihat kepada jangka masa mangsa terperangkap didalam kereta sudah cukup untuk merumuskan tahap kecederaan dan melecur mangsa pasti sangat teruk. Kedua-dua mangsa juga disahkan maut kerana terperangkap.

 

Minyak Wangi Bahan Bakar

Pasti ramai yang tidak tahu, minyak wangi mengandungi beberapa kandungan kimia yang mampu menjadi agen pembakar malah mampu untuk mengakibatkan kebakaran yang besar walaupun hanya nelibatkan jumlah yang kecil.

Kerana itu juga, minyak wangi merupakan salah satu barang yang dilarang dibawa ke dalam kapal terbang kerana dikhuatiri tahap keselamatannya.

Mengikut kajian juga, kandungan-kandungan yang terdapat di dalam minyak wangi juga bukan sahaja boleh mengakibatkan kebakaran, malah mampu memberikan masalah-masalah kesihatan yang lain terhadap si pengguna.

Tidak dinafikan, penggunaan minyak wangi sudah menjadi rutin di dalam hidup untuk tampil lebih wangi dan segar ketika berada di kawasan umum. Namun ramai yang tidak sedar akan keburukannya bagi jangka masa yang panjang dan memandang remeh risiko-risiko tersebut.

 

 

 

 

Elak Tinggalkan 5 Barang Di Dalam Kereta

Cuba anda buat ‘spotcheck’ dan periksa kereta ahli keluarga mahupun rakan-rakan anda, adakah mereka menyimpan atau meninggalkan barang-barang yang berpotensi untuk mengakibatkan kebakaran di dalam kereta mereka.

Samada di dalam bonet, di bawah-bawah kerusi, mahupun di dalam dash board kereta, semua tempat-tempat ini tetap mampu menjadi punca sesebuah kebakaran untuk berlaku.

Ini adalah barang-barang kegunaan harian yang dimiliki hampir setiap orang dan sering ditinggalkan di dalam kereta oleh si pemilik dalam sedar mahupun tidak sedar. Antara nya ialah minyak wangi atau pewangi kereta berkaca, pemetik api, telefon bimbit dan gadget, powerbank dan penyembur rambut.

 

Secara tegasnya, elakkan diri anda dari meninggalkan kelima-lima barang ini kerana mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk meletup dan mengakibatkan kebakaran teruk.

Kebanyakan letupan dan kebakaran yang berlaku adalah kerana cuaca yang terlalu panas ataupun tindak balas kimia yang berada disekeliing kita yang mencetus kebakaran dari berlaku. Dan kebanyakan berlaku keatas kereta-kereta yang diletakkan dibawah cahaya matahari terik tanpa sebarang bumbung mahupun pelindung.

Selain itu, sudahlah terdedah kepada risiko yang boleh meragut nyawa, bayangkan jika kerosakan kereta anda tidak dilindungi di bawah insuran kerana kecuaian diri sendiri. Bukankah diri sendiri yang rugi dan terpaksa mengeluarkan wang untuk benda yang boleh dielak dari mula.

Apa yang penting, cukup kisah MPV yang meletup dan terbakar ini kita jadikan pengajaran agar lebih berhati-hati di masa hadapan. Risikonya bukan hanya terdedah kepada anda, malah kepada keluarga anda juga.

Elak sebelum terlambat.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah saman mula dikeluarkan bagi pengguna kereta meninggalkan barang-barang yang boleh menyebabkan letupan didalam kereta?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN