Lumrah setiap kali kita berjalan atau melepak di kawasan yang dekat dengan lapangan terbang, kita pasti akan mengambil beberapa keping gambar pesawat bukan?

Jika di Malaysia, ramai yang akan pergi ke Sepang hanya untuk mengambil gambar pesawat yang lalu di atas kepala.

Sumber: Oh Bulan

Namun, tidak bagi kerajaan Thailand yang mengenakan hukuman mati kepada pelancong yang gemar berswafoto atau selfie di pantai berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa, Phuket.

 Keputusan itu bagaimanapun menimbulkan ketidakpuasan hati orang ramai yang mana sebelum ini mereka dibenarkan untuk mengambil gambar berhampiran dengan lapangan terbang itu namun kini ianya tidak dibenarkan lagi.

 

Sebab Apa Tidak Boleh Ambil Gambar?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa kerajaan Thailand sanggup bertindak sedemikian walaupun sebelum ini, orang ramai sama sekali dibenarkan untuk mengambil gambar di kawasan tersebut.

Sumber: mStar

Biarpun pantai yang berhampiran dengan lapangan terbang itu sememangnya terkenal di kalangan pelancong yang gemar mengambil gambar semasa kapal tersebut sedang berlepas, namun tindakan  itu sebenarnya boleh membangkitkan kemarahan buat juruterbang!

Mana tidaknya, ada pelancong yang sanggup mengambil gambar ketika kapal terbang tersebut sedang berlepas dalam keadaan bogel yang sememangnya boleh menganggu tumpuan juruterbang.

Sumber: Oh Bulan

Tidak kurang juga ada yang menggunakan dron atau pen laser ke arah kawasan berhampiran dengan lapangan tersebut.

Disebabkan itu, kerajaan Thailand kini memberi amaran terhadap pelancong supaya menjauhkan diri dari lokasi tersebut.

Sekiranya tidak, mereka akan berhadapan dengan hukuman mati!

 

Untuk Elak Masalah Pendengaran

Apa yang dilakukan kerajaan Thailand ini bukan satu perkara yang bakal merencatkan sektor pelancongan mereka namun tindakan itu sebenarnya bertujuan untuk turut sama melindungi pendengaran pengunjung.

Sumber: Oh Bulan

Bunyi kapal terbang yang berada di atas awan pun sudah kuat, inikan pula yang berada betul-betul di atas kepala kita.

Bunyi bising yang dihasilkan oleh enjin pesawat ini sememangnya boleh merosakkan pendengaran telinga kita.

 

Jika Ingkar, Hukuman Mati La Jawabnya

Sekiranya anda ingkar akan arahan pihak berkuasa, tidak pasal-pasal anda berhadapan dengan hukuman mati biarpun anda mempunyai hak untuk berswafoto dengan menggunakan telefon bimbit anda sendiri!

Namun, apabila undang-undang telah dikuatkuasakan, anda tetap perlu mengikut arahan yang telah dikeluarkan demi keselamatan pelancong juga.

Sumber: Sejuta Fakta

Sekiranya tidak, hukuman mati bukan sahaja dikenakan terhadap anda tetapi anda dipenjara seumur hidup atau penjara lima dan 20 tahun di bawah Akta Penerbangan 1978.

Jangan hanya sekeping gambar, anda merosakkan percutian anda sekaligus merana duduk di dalam penjara.

Jadi, sebelum pergi melancong ke Thailand itu, berhati-hatilah sekiranya hendak mengambil gambar ya!

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah kerajaan Thailand mengenakan hukuman mati ke atas mana-mana individu yang mengambil gambar di pantai yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN