Tidak dinafikan, golongan artis sentiasa dikaitkan apabila bercakap soal fesyen dan trend terkini.

Malah gaya serta pakaian yang ditampilkan seseorang artis itu juga boleh menjadi ikutan buat para peminat sekaligus menjadikan mereka sebagai idola fesyen.

Jika sebelum ini, selebriti terkenal Neelofa pernah dikecam kerana membawa gaya fesyen yang pelik dan unik di khalayak ramai.

Sumber: Oh Bulan

Tetapi kini, Kaka Azraff pula mendapat perhatian ramai terutama netizen di media sosial yang rata-ratanya terhibur dengan fesyen unik serkup kepala biru yang diperagakannya itu.

 

Salahkah Berfesyen?

Sekarang ini kita lihat, banyak sahaja artis tempatan baik lelaki dan perempuan dilihat berani menggayakan fesyen-fesyen tertentu sehingga ada yang mendapat kecaman hebat netizen.

Biasalah, sudah nama pun artis.

Sumber: Oh Bulan

Apa sahaja yang diperagakan itu baik untuk sesi penggambaran majalah mahupun majlis anugerah tertentu, semuanya akan diperhatikan oleh masyarakat.

Sebagai seorang selebriti, tidak salah untuk kelihatan unik dan mencuba pelbagai jenis fesyen memandangkan tidak ada had untuk seseorang itu berfesyen.

Siapalah kita untuk menyekat seseorang itu daripada berfesyen sama ada dalam bentuk pakaian mahupun aksesori kecantikan.

 

Tegur Secara Baik

Masyarakat kita ini, laju je mencari kesalahan seseorang.

Bila seseorang itu buat silap, mula lah menjaja cerita serta komen yang menghina.

Sumber: Oh Bulan

Dalam kes Kaka ini, ada netizen menyifatkan fesyen unik yang diperagakannya itu seakan-akan plastik sampah, perompak, tenggiling dan sebagainya.

Jika dilihat dengan peredaran dunia fesyen yang sering bertukar-tukar ketika ini, baik selebriti mahupun individu biasa sekalipun, setiap dari kita pasti tidak akan ketinggalan untuk mencuba sesuatu yang baru bukan?

Sumber: Rojak Daily

Bagi yang memakai hijab sekalipun sering bertukar-tukar dan mencuba pelbagai lilitan tudung yang baru, inikan pula dari segi pemakaian.

Tetapi sekiranya fesyen yang diketengahkan seseorang itu dilihat pelik atau sudah melampaui batas, tegurlah secara baik dan bukannya menghina.

Mana tahu setiap teguran yang bernas itu mampu membawa perubahan kepada diri seseorang? 

 

Apa-Apa Pun Berfesyen Seeloknya Ikut Cara Pemakaian Yang Sebenar

Dengan kepelbagaian bahan media pada masa kini, ia sama sekali telah memberi ruang kepada kita untuk mencuba sesuatu fesyen baru.

Tidak ada salahnya untuk kita berfesyen namun apa yang perlu dititik beratkan adalah mengenai cara pemakaian yang sebenarnya.

Tuntutan berfesyen itu terpulang kepada si pemakai sama ada pakaian itu sekadar berfesyen atau sebaliknya.

Sumber: Gambar sekadar hiasan

Walaupun kita diberi kebebasan untuk memperagakan sesuatu fesyen itu, tidak bermakna kita boleh memakai apa sahaja pakaian tanpa menghiraukan adab dan tata susila.

Apa yang penting, hiaslah diri anda dengan kemas, cantik dan secara bersederhana bagi mengelak fitnah masyarakat.

Akhirnya, diri sendiri yang perlu menanggung malu…

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, salahkah seseorang selebriti itu mengenakan fesyen yang agak pelik dan unik kepada orang ramai?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN