Tatkala dunia masih belum reda dengan serangan pengganas yang berlaku di Chirstchurch, New Zealand baru-baru ini, keganasan yang menyasarkan umat Islam terus dilaporkan. Kali ini berlaku di India. Berdasarkan laporan agensi, sebuah keluarga Islam dipukul dalam serangan berunsur perkauman di kediaman mereka di Gurugram, Haryana, bahagian utara India.

Sumber: Astro Awani

Disokong Gerakan Pelampau Kanan

Keluarga mangsa didatangai seramai 25-30 orang yang bersenjatakan rod besi, kayu hoki, baton dan batang paip dan memukul mereka. Difahamkan serangan itu dilakukan oleh kumpulan yang disokong oleh gerakan berhaluan kanan pelampau Hindu.

Menurut Dilshaad, ketika itu dia bersama sepupunya yang sedang bermain kriket disergah oleh dua orang lelaki bermotosikal memintanya berambus dan bermain di Pakistan. Kesannya, 11 ahli keluarga termasuk beberapa wanita dan kanak-kanak berusia dua tahun tercedera.

Kejadian Kali Kedua

Kejadian ini bukan kali pertama memandangkan pada 18 Mac yang lalu seorang lelaki dan anaknya turut dipukul dan dipaksa mencukur janggut masing-masing. Tragedi seperti ini sekaligus mencerminkan gerakan Islamophobia begitu kuat di negara India.

Penindasan dan kezaliman yang dilakukan terhadap orang Islam tidak berhenti setakat di situ sahaja, malah turut berlaku di wilayah Hojai di India. Dianggarkan seramai 600 keluarga Islam telah dihalau kaluar oleh pihak berkuasa di Majlis Autonomi Karbi Anglong (KAAC) kononnya mereka telah mencerobohi tanah kerajaan.

Berlaku Satu Kematian

Tindakan tidak berperikemanusiaan ini telah menyebabkan seorang mangsa , Kulsuma Begum yang baru sahaja melahirkan anak meninggal dunia akibat kecedaraan yang dialami disebabkan diheret keluar oleh pihak berkuasa. Kejadian seperti ini telah membangkitkan kemarahan orang ramai dan aduan polis terhadap beberapa pegawai KAAC telah dibuat.

Secara jelas beberapa peristiwa sejak kebelakangan ini telah menyasarkan umat Islam sebagai mangsa. Persoalannya, kenapa tindakan kezaliman dan keganasan terus berlaku ke atas orang Islam? Sama ada ia secara kebetulan ataupun tidak, hakikatnya gerakan Islamofobia semakin meningkat pasca tragedi keganasan di Christchurch.

Sumber: Ibnuhasyim

Serangan di Masjid Birmingham

Malah, perkara sama turut dilaporkan berlaku di Britain. Berdasarkan laporan AFP, sebanyak 5 buah masjid di Birmingham telah diserang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, seorang lelaki bersenjatakan tukul besi memecahkan tingkap dua buah masjid manakala tiga buah masjid lagi dirosakkan dalam tempoh semalaman.

Tindakan ini telah memberi kesan keselamatan kepada 22 peratus penduduk Birmingham yang beragama Islam.

Susulan kejadian tersebut, kumpulan anti-perkauman telah memberi peringatan bahawa, gerakan Islamofobia ketika ini sedang meningkat di Britain. Malah, Ketua Polis Britain telah mengerahkan anggotanya membuat ‘rondaan jaminan’ di sekitar masjid susulan serangan pengganas yang berlaku di New Zealand baru-baru ini.

Sumber: WBUR

Ancaman ‘White Supremacist’ Yang Berbahaya

Ramai pihak turut memberi bayangan bahawa, gerakan Islamofobia akan seiring dengan peningkatan gerakan ‘White Suptemacist’.

Bagi golongan ‘White Supremacist’ atau keturunan bangsa kulit putih, mereka percaya bahawa martabat kaumnya lebih tinggi berbanding kaum lain di muka bumi ini dan mereka harus mendominasi masyarakat dunia.

Ia susulan kerisauan populasi golongan imigran khususnya beragama Islam yang semakin bertambah dengan ketara di Eropah dan Amerika Syarikat akibat kemerosotan kadar kelahiran golongan kulit putih.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan umat Islam terus menjadi mangsa?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN