Pernahkan anda berada di dalam situasi di mana ahli keluarga mahupun rakan-rakan memberi tanggapan bahawa jika makanan berkulat sedikit, ianya masih boleh dimakan, atau buang saja bahagian yang berkulat atau paling tidak pun buang kesemua makanan itu ke dalam tong sampah?

Situasi itu menimbulkan kekecohan di media sosial baru-baru ini di mana pelbagai reaksi bercampur baur timbul mengenai pemakanan roti yang berkulat.

Mungkin ramai yang beranggapan walaupun makanan itu hanya berkulat pada kuantiti yang kecil, ianya masih selamat untuk dimakan kerana kulat tersebut masih belum merebak ke tempat lain.

 

Selamatkah Makanan itu Walau Berkulat Sedikit?

Memetik laman Huffingtonpost, tidak bermaksud makanan yang berkulat itu merosakkan anda atau membuatkan anda jatuh sakit.

Lihat sahaja contoh seperti blue cheese yang memang lazimnya dipenuhi dengan kulat. Ia boleh dimakan dan rasanya ya memang lazat.

Pun begitu, memang benar, bukan semua makanan berkulat itu rosak dan bukan juga elok. Ia adalah bergantung kepada jenis makanan itu sebenarnya.

Antara makanan yang masih boleh dimakan jika berkulat ialah buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda hanya perlu buang dibahagian yang ditumbuhi kulat sahaja.

Walaubagaimanapun, kulat ini tidak sama kesannya terhadap roti. Seperti mana yang kita tahu, roti merupakan makanan yang diperbuat dari gandum dan perlu diletakkan di dalam suhu bilik.

Roti masih boleh dimakan jika tamat tarikh luput dan tidak ada sebarang kulat atau bau masam. Namun, jika roti itu menunjukkan ada kesan kulat walau sedikit, anda perlu jauhi dan jangan sesekali memakannya.

Mengapa? Ini kerana bahagian roti tersebut sudah tercemar dengan mikroorganisma yang mengandungi sejenis alga, kulat, bakteria dan spora yang berbahaya dan tidak elok pada kesihatan.

 

Kesan Kulat Pada Tubuh Badan

Sumber: Sulselku

Memetik kenyataan daripada penulis terkenal gaya hidup Sadie L. Trombetta berkata, roti yang sudah berkulat perlu dibuang kerana sudah tercemar dengan kulat di bahagian liang-liang roti.

Kulat itu juga bukan sahaja memberi kesan kepada manusia tetapi haiwan juga boleh jatuh sakit jika termakan makanan yang sudah berkulat.

Namun, jika anda sudah memakannya dalam keadaan sedar atau tidak, ianya berkemungkinan besar akan memberi kesan terhadap kesihatan anda tetapi bergantung juga pada individu itu.

Kebanyakan individu mempunyai imun badan yang normal dan amat sukar untuk jatuh sakit. Sebaliknya, ada juga individu yang terlalu sensitif terhadap makanan walaupun makanan itu hanya berkulat sedikit.

Apa yang lebih membimbangkan, kulat ini boleh membawa maut dan jangkitan kepada individu yang menghidap penyakit asma, alergi mahupun penyakit berbahaya yang lain.

Jika sudah makan kemudian anda rasa ada sesuatu yang tidak kena pada badan, anda perlu mendapatkan rawatan doktor bagi daripada terkena keracunan makanan, demam, muntah, batuk, selesema dan beberapa simpton lain.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Apa yang anda lakukan apabila ternampak kulat tumbuh pada roti walau sedikit?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN