Dalam diam-diam, penerbit dan pengarah, Michael Ang rupa-rupanya sudah memeluk Islam sejak lebih setahun lalu!

Berita gembira ini mungkin mengejutkan ramai pihak namun sebelum ini beliau sama sekali sudah menunjukkan beberapa petunjuk sudah mendekati Islam dengan berpuasa.

Sehinggalah semalam, beliau akhirnya membuat pengakuan secara rasmi menerusi sebuah video eksklusif yang dimuat naik di saluran YouTube Official Ria X dan di laman rasmi Instagram miliknya dan disambut gembira oleh peminat dan netizen.

Tidak kurang dari itu, pelakon Adam Corrie yang juga seorang Mualaf turut berkongsi rasa terharu dan gembira dengan penghijrahan yang dibuat beliau itu.

 

Masih Guna Nama Asal

Meskipun sudah memeluk Islam, beliau memutuskan untuk tidak menukar namanya seperti kebanyakan individu yang memeluk Islam.

Sumber: BuzzKini

Jadi, nama Michael Ang itu akan dikekalkan sebagai menghormati nama asal yang telah diberi oleh kedua ibu bapanya.

Ya, mungkin ramai yang mempertikai perkara tersebut tetapi hakikatnya seseorang yang memeluk Islam tidak perlu mengubah nama kecuali nama asalnya itu mempunyai unsur penyembahan kepada makhluk, dewa atau sesuatu selain daripada Allah SWT.

Dalam hal ini, selagi mana nama asalnya itu tidak mengandungi sesuatu yang dilarang Islam, maka beliau dibenarkan untuk menggunakannya tanpa sebarang masalah.

Sumber: Denaihati

Malah, tidak ada peruntukan yang mewajibkan saudara baru itu untuk menukar namanya. Tetapi, bagi yang ingin menukar nama, mereka perlu mendapatkan maklumat dari jabatan agama Islam tempat mereka di Islamkan itu.

Apa-apa pun, terpulanglah kepada individu tersebut untuk memilih sama ada untuk mengekalkan nama aslinya 100% atau menambah satu nama Islam di hadapan.

 

Jangan Cepat Menghukum, Doa Yang Baik-Baik

Sumber: MEDIA OHSEM

Apabila saudara baru kita hendak berubah menjadi baik, mengapa perlu diungkit kisah lamanya?

Sebelum ini mungkin ada netizen yang mengeluarkan kata-kata cacian terhadap beliau disebabkan mulutnya yang lantang dan suka cakap lepas sehingga dibenci orang ramai.

Tetapi, kisah lama itu usahlah diingatkan semula kerana mungkin ia boleh menyukarkan mereka memeluk Islam dengan pandangan yang negatif hanya disebabkan kisah lama.

Jadi, penerimaan masyarakat terhadap saudara baru kita ini amatlah penting supaya mereka dapat menjalani kehidupan sebagai Muslim dalam keadaan yang selesa.

 

Senarai Selebriti Yang Berhijrah Memeluk Islam

Di Malaysia, ramai sebenarnya yang telah berhijrah dari agama asalnya kepada agama Islam baik orang biasa mahupun selebriti. Berikut, kami senaraikan beberapa selebriti yang telah berjaya memeluk Islam.

 

  1. Adam Corrie Lee

Sumber: Suara Insan

Sebelum ini, Adam pernah mengaku bahawa beliau seorang Atheis (tidak mempercayai kewujudan tuhan). Ketika itu beliau dilahirkan dalam keluarga agama Buddha dan pernah berasa kosong dalam kehidupan serta tiada pegangan hidup. Namun, setelah mendapat hidayah beliau kembali pada fitrah sebenar dengan memeluk Islam pada tahun 2007 yang kini mendirikan rumah tangga bersama Fazema Mohd Fuad dan dikurniakan seorang cahaya mata.

 

  1. Daphne Iking

Sumber: Remaja

Nama yang tidak asing lagi bagi seorang pengacara dan pelakon yang sah memeluk Islam dengan nama Islamnya iaitu Dahlia Eleanor Iking dan memeluk Islam pada tahun 2010.

 

  1. Anuar Chew Kim Wah 

Sumber: Harian Metro

Beliau juga telah memeluk Islam pada tahun 2013 dan sering kita lihat dalam drama lakonan Melayu.

 

  1. Felixia Yeap

Sumber: OhBulan

Suatu ketika dahulu, nama Felixia pernah menjadi sebutan masyarakat Malaysia. Gadis cantik ini memilih mendekati Islam pada 2014 dengan nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap.

 

  1. Stacy

Sumber: mStar

Penyanyi yang mendirikan rumah tangga bersama, Akim Ahmad yang juga kumpulan The Majistret ini juga memeluk Islam pada 2015 dengan nama Islamnya, Ummu Syaikhah Stacy.

 

  1. Marsha Milan Londoh

Sumber: Selebriti Online

Selebriti rancangan reality televisyen ini juga sudah memeluk Islam pada 2015 dan berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail.

 

  1. Marion Caunter

Sumber: Says.com

Siapa lagi yang tidak mengenali Marion. Beliau telah memeluk Islam pada 2010 dan bergelar isteri kepada usahawan terkenal, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan dan kini dikurniakan tiga cahaya mata.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda gembira dengan pengumuman Michael Ang yang sanggup berhijrah dari agama asal untuk memeluk Islam?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN