Hari ini, kita digemparkan lagi dengan kes di mana masih ada lagi individu yang tergamak menyeksa haiwan dengan kejam tanpa memikirkan apa balasan yang akan dikenakan ke atas mereka di Akhirat kelak.

Kejadian tragis itu berlaku semalam, apabila dua individu lelaki tergamak membunuh seekor kucing betina yang sedang bunting dengan memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering di kedai dobi di Taman Gombak Ria, Gombak, Selangor.

Sumber: Cari

Apa yang menyedihkan, seorang pelanggan dobi menemui bangkai haiwan berkenaan dalam keadaan berlumuran darah ketika ingin menggunakan mesin pengering pakaian tersebut.

Kekejaman yang dilakukan terhadap haiwan itu turut mengundang reaksi netizen yang kebanyakannya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan mahu hukuman setimpal diberi ke atas pesalah.

Apa yang lebih memalukan, perbuatan tersebut dilakukan sendiri oleh warga tempatan dan bukannya orang luar.

Rata-rata di media sosial, ramai netizen mempersoalkan di mana sikap perikemanusiaan individu tersebut sehingga sanggup melakukan tindakan sedemikian tanpa belas kasihan.

Bukan itu sahaja, ada di antara netizen juga mahukan hukuman berat dikenakan ke atas pendera haiwan dan mahu kerajaan Malaysia memperketatkan undang-undang sedia ada bagi membendung kes penderaan haiwan daripada terus berlaku.

Tindakan Wajar Diambil?

Pada tahun 2015 yang lalu, Akta Kebajikan Haiwan 2015 telah diluluskan oleh Parlimen tetapi ianya baru dikuatkuasakan pada 18 Julai 2017 di mana terhadap keprihatinan dan perkembangan positif dari sudut kebajikan haiwan di Malaysia.

Di dalam akta ini, pelbagai kesalahan seperti mencacatkan, mengabaikan, menggunakan alat-alat bahaya ke atas haiwan seperti sukan menembak mahupun melaga-lagakan haiwan membolehkan pesalah dikenakan hukuman denda antara RM20,000 dan RM100,000 dan/atau penjara selama 3 tahun.

Sebelum ini, penguatkuasaan undang-undang terhadap pesalah haiwan tidak begitu kukuh termasuklah hukuman denda kerana dahulu, denda dikenakan terhadap si pesalah haiwan serendah RM200 sahaja.

Ia jelas menunjukkan hukuman denda itu tidak setimpal dengan kelakuan penganiayaan dan kekejaman yang telah dilakukan terhadap haiwan pada masa kini.

Oleh sebab itu, denda kemudian dinaikkan ke RM50,000 dan RM100,000 melalui Akta Kebajikan Haiwan 2015 bagi menunjukkan bahawa denda yang dikenakan terhadap penganiayaan haiwan adalah sesuatu yang serius dan tidak boleh diambil remeh.

Kini, kes-kes sebegini juga boleh dilaporkan di talian 999 di mana ianya terus dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Sokong

Di sebalik pelbagai kritikan yang dilontarkan netizen di media sosial turut mendapat perhatian dari Persatuan Haiwan Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dua lelaki yang menyeksa haiwan terbabit dengan membuat laporan polis.

Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid turut meluahkan rasa sedih dan juga marah terhadap tindakan dua lelaki terbabit.

Beliau menyifatkan pelaku yang tidak bertanggungjawab itu mempunyai masalah mental sekali gus wajar menerima khidmat kaunseling.
Khalid turut menegaskan bahawa pelaku yang tidak bertanggungjawab itu wajar dikenakan hukuman tegas bagi menjadi iktibar kepada orang lain.

Anak-anak kecil juga harus dididik sejak kecil supaya mereka mempunyai sikap saying terhadap binatang di dalam silibus mata pelajaran sejak di bangku tadika mahupun sehingga ke tahap pendidikan di universiti.

KATA ORANG

Keseharian gw.. dagang, masak, jualan lampu bikin lampu,benerin kipas, Ac, mesin cuci, kadang nyoret2 tembok rumah orang, graviti lah, lukislah, mainin kucing, kasih makan kucing, ibadah trus twiteran.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ alhamdulillah ga ada yg negatif

test Twitter Media - Keseharian gw.. dagang, masak, jualan lampu bikin lampu,benerin kipas, Ac, mesin cuci, kadang nyoret2 tembok rumah orang, graviti lah, lukislah, mainin kucing, kasih makan kucing, ibadah trus  twiteran.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ alhamdulillah ga ada yg negatif https://t.co/GlUVGOXjmc

Ada kucing di kap mesin tp gatau dimananya gimana cara ngeluarinnya?😒

@dewahoya Opo gak kepanasan ya kui kucing bersembunyi di mesin ih ya Allah sedih bayanginnya mana bumi lg panas2nya πŸ™

KATA ANDA

Wajarkan undang-undang sebatan dilaksanakan di Malaysia terhadap si pesalah haiwan?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN