Masalah sekolah vernakular sering menjadi isu kontroversi, terutama sejak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri dari tahun 1981 sehingga ke hari ini.

Terdahulu, beberapa pemimpin UMNO serta kumpulan nasionalis Melayu telah meminta sekolah vernakular dimansuhkan, dengan mengatakan ia menghalang perpaduan negara.

Sumber : Insider

Malah, baru-baru ini, Adun Kemayan, Mohd Fadil turut mengatakan sekolah vernakular merosakan perpaduan di negara ini.

Namun ia disangkal oleh Presiden Gerakan, Dominic Lau yang mendakwa kenyataan Adun Umno itu semasa sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang semalam, sebenarnya yang telah merosakkan keharmonian kaum.

Apa yang menjadi persoalan, adakah kenyataan ini benar atau sebaliknya?

 

Berfikiran Sempit

Lau mendakwa kenyataan Mohd Fadil jelas menunjukkan bahawa beliau tidak berfikir secara sihat selain akan menghancurkan hubungan antara kumpulan etnik dan tidak mendatangkan manfaat kepada Malaysia.

Mohd Fadil semalam mendakwa pelajar daripada sekolah aliran Cina dan Tamil adalah seperti “orang asing” yang tidak boleh berbahasa Melayu.

Walaubagaimanapun Lau berkata, beliau boleh membuktikan pelajar sekolah Cina dan Tamil boleh berbahasa Melayu dengan lancar dan juga berdebat dengannya dalam bahasa Melayu.

 

Sekolah Vernakular Penghalang Perpaduan Rakyat

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tahun lalu turut bersetuju kewujudan sekolah vernakular di negara ini hanya menjadi penghalang kepada perpaduan rakyat.

Katanya, pada permulaannya, Malaysia mahu mempunyai satu sistem sekolah kebangsaan, bagaimanapun, sesetengah orang meminta agar mereka dibenarkan mengikut budaya mereka sendiri, budaya negara-negara asal mereka.

Sumber : Astro Awani

Lalu ia menyebabkan wujudnya tiga aliran utama – sekolah kebangsaan di mana mediumnya Bahasa Melayu, sekolah Cina dengan bahasa Mandarin dan sekolah Tamil dengan bahasanya.

Disebabkan itu kata Mahathir, anak-anak ini tidak mengenali antara satu sama lain dan apabila mereka tamat sekolah, mereka pergi bekerja dengan kaum lain yang tidak mereka kenali. Ini menjadi penghalang kepada perpaduan negara.

 

Tidak Setuju Sekolah Vernakular Ditutup

Lain pula pendapat bagi Pakatan Harapan. Sebelum ini juga pemimpin pemuda Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan cadangan agar sekolah aliran itu dihapuskan dan dituduh menyemai perkauman dan menghalang perpaduan.

Salah seorangnya, Steven Sim dari DAP berkata masalah utama dalam memupuk perpaduan kaum di negara ini bukan disebabkan sekolah vernakular, tetapi segelintir pemimpin politik yang mengapi-apikan kebencian kaum.

Jelasnya, beliau tidak melihat sekolah aliran Cina dan Tamil mahupun sekolah agama menghalang usaha memupuk perpaduan.

Selain itu, Timbalan Angakatan Muda KEADILAN, Afif Bahardin juga pernah menolak cadangan supaya sistem pendidikan sekolah satu aliran diwujudkan.Bagi Afif, masalah perpaduan bukan disebabkan silibus pelajaran di sekolah atau perbezaan sekolah aliran, tetapi disebabkan bahasa.

Beliau turut mencadangkan adalah sepatutnya satu mata pelajaran diajar kepada semua anak-anak iaitu matapelajaran perpaduan.

 

Bagaimana wujudnya sekolah vernakular?

Dasar pengasingan kaum telah berlaku sejak zaman British di negara ini dahulu yang bertujuan melemahkan penentangan orang tempatan terhadap penjajah.

Sumber : Utusan

Pengasingan ini berjaya mencapai matlamatnya apabila semua kaum terpisah dengan cara yang sangat sistematik.

Tetapi selepas negara mencapai kemerdekaan dan penjajah balik ke negara asalnya, dasar penjajah diteruskan dalam bentuk baru dengan wujudnya sekolah berteraskan kaum iaitu sekolah vernakular.

Ketika para pemimpin awal Malaysia bersetuju dengan kewujudan sekolah-sekolah vernakular, terutama sekali pada pemimpin UMNO, mereka sebenarnya berharap, sikap tolak ansur tersebut akhirnya akan membuatkan masyarakat Cina dan India sedar bahawa mereka adalah sebahagian daripada negara Malaysia yang terasnya adalah Melayu dan Islam.

Namun, tolak ansur tersebut adalah satu kesilapan besar oleh para pemimpin UMNO dan Bumiputera

 

Perlu ke Sekolah Vernakular?

Apakah keperluan untuk kekalkan atau menambah sekolah vernakular?
Tidak dapat dinafikan bahasa kebangsaan sahaja tidak cukup untuk memupuk perpaduan kaum, tetapi apakah membanyakkan sekolah vernakular boleh meningkatkan perpaduan kaum dan etnik di negara ini?

Apakah tidak memadai sekolah kebangsaan mewajibkan semua pelajar di sekolah mempelajari bahasa Cina dan Tamil sepanjang mereka berada di sekolah rendah dan menengah untuk mewujudkan perpaduan kaum?

Malaysia boleh ambil contoh tindakan negara jiran Singapura menghapuskan sekolah vernakular dalam merapatkan jurang antara rakyat.

Sumber : Google

Singapura telah memansuhkan sekolah vernakular pada tahun 1967

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah benar sekolah vernakular rosakkan perpaduan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN