Baru-baru ini terdapat aduan dari ibu bapa tentang penyalahgunaan wang bantuan persekolahan oleh pihak sekolah. Difahamkan wang tersebut dipotong oleh pihak sekolah bagi membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Menurut Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad berkata, pembayaran itu telah dibuat bermula minggu lepas di sebuah sekolah di daerah ini. Adalah tidak wajar bagi pihak sekolah memotong wang bantuan persekolahan RM100 yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan kepada ibu bapa.
Didesak Guru Langsaikan Yuran PIBG
Beliau menambah, ibu bapa yang hadir untuk mengambil bantuan tersebut di sekolah didesak oleh segelintir guru untuk diserahkan kepada sekolah bagi menjelaskan bayaran yuran PIBG.
Wan Fauzuldin turut berkata, kerajaan telah memberikan bantuan kewangan kepada ibu bapa, maka terpulang kepada ibu bapa sama ada untuk terus menjelaskan yuran PIBG ataupun tidak. Adalah tidak wajar pihak sekolah mendesak ibu bapa menjelaskan bayaran yuran tersebut memandangkan wang itu adalah untuk membantu meringankan beban ibu bapa membeli pakaian dan peralatan sekolah anak-anak.
Peruntukan Untuk Bantu Keluarga Susah
Peruntukan yang diberi oleh kerajaan merupakan usaha bagi membantu ibu-bapa yang berpendapatan rendah meringankan beban mereka untuk membeli kelengkapan sekolah anak mereka. Hal ini kerana tidak semua ibu bapa mampu menyediakan keperluan sekolah anak-anak yang mencukupi memandangkan peningkatan kos sara hidup yang semakin mencabar.
Ini bukan kali pertama kes penyalahgunaan wang bantuan pelajar oleh pihak sekolah. Terdapat juga kes seumpama ini yang melibatkan sekolah lain pada tahun 2013 di Johor yang menawarkan potongan bayaran yuran komputer jika ibu bapa pelajar menjelaskan kesemua bayaran dengan menggunakan wang bantuan awal persekolahan tersebut.
Usul Pernah Dikemukakan
Apa yang menjadi kehairanan ialah kes ini berulang kembali, walhal Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (PELINDUNG) pernah mengemukakan usul pada tahun 2013 menggesa Kementerian Pelajaran mengambil tindakan tegas terhadap pihak sekolah atau PIBG yang menyalahgunakan pemberian wang bantuan awal persekolahan.
Sungguhpun begitu, ramai di kalangan netizen mempertahankan tindakan pihak sekolah, memandangkan banyak aktiviti sekolah tidak dapat dilakukan disebabkan kekurangan dana PIBG.
Malah kebanyakan program sekolah, guru terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi memastikan program tersebut berlangsung. Tambahan pula, yuran PIBG tidaklah begitu membebankan. Ā
Namun sekiranya ibu bapa tidak berkemampuan, pengecualian boleh dilakukan. Perbincangan dua pihak antara guru dan ibu bapa wajar dilakukan agar tidak berlaku salah faham berkenaan isu ini.
Jangan Salah Guna Bantuan
Adalah diharapkan agar semua pihak menghormati bantuan persekolahan yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan kepada ibu bapa. Ā Dalam masa yang sama, ibu bapa perlu memanfaatkan bantuan yang diberikan dan tidak menyalahgunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi.
Ā
KATA ORANG
Benar tu. Yuran PIBG seharusnya tidak dijadikan beban yang mendesak ibubapa / penjaga.
— FAIRUL AMIR (@rafiquehamzah) February 26, 2019
Hari ini ambik, esok serah semula kat cikgu, baki tinggal RM2.00, siap tambah lagi RM10.00 untuk yuran keceriaan kelas. Tuu x termasuk yuran PIBG lagi š„š„
— zaini (@zainikasmin1) February 26, 2019
I know a lot of people yang dapat wang bantuan tu, and Iād say out of 10, 1 or 2 of them are really the one yang guna those money nak beli barang rumah and settle hutang. Yang lain... beli makeup beli baju pergi dating. Wtf then bising sana sini be matured please
— Amni Saaruni (@nuramniS) November 3, 2018
Collect2. Pi rombongan.
— kassem kunyit Hitam (@dodgeDemonss) February 26, 2019