Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan digantikan dengan program Sekolah Pemimpin Masa Hadapan (Malaysia Future Leaders School).

Sumber: Malay Mail

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong, ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat,memberitahu program yang akan diadakan pada musim cuti sekolah menggunakan konsep “summer camp”.

Katanya, seramai 60,000 belia berumur 15 hingga 17 tahun akan disaring daripada jumlah sejuta belia bersekolah.

 

Pelajar Cemerlang Paling Tinggi Diterima

Menurut menteri berkenaan, model yang digunakan pula adalah berbeza daripada program PLKN sebab terdapat beberapa kekurangan pada PLKN. Keadaan itu mendorong kerajaan membuat satu program yang baharu.

Menurut Sim, nisbah pelajar yang akan dipilih dicadangkan terdiri daripada 60 peratus pelajar yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang tinggi, manakala 40 peratus adalah pelajar yang perlukan perhatian, di kalangan belia-belia berisiko.

Ia akan diadakan di pusat-pusat milikan kerajaan contohnya pusat PLKN terdahulu.

 

Rakyat Tidak Setuju Pelajar Cemerlang Lebih Ramai

Ada antara mereka menyatakan sepatutnya program sebegini memilih lebih ramai pelajar yang bermasalah dan perlukan perhatian supaya tidak terjebak dengan gejala jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Tambahan pula, aplikasi sosial sekarang ini yang juga antara faktor akidah pelajar-pelajar ini rosak juga perlukan diterapkan dalam program sebegini.

 

Kos Tinggi Punca PLKN Dimansuhkan Serta Merta

Sumber: Wow Berita

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, berkata, PLKN sebelum ini memerlukan purata kos perbelanjaan sekitar RM85,000 untuk melatih seorang peserta program berkenaan yang dijalankan dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

Kini, program yang ketika ini diusahakan menerusi kerjasama dengan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Ernst & Young Malaysia (EY) memerlukan kos operasi serta perbelanjaan sekitar RM70 juta setahun.

Maka, ia pengurangan ketara berbanding apa yang dibelanjakan bagi PLKN.

 

Tukar Nama Sahaja

Namun, rata-rata rakyat Malaysia merasakan program baharu ini sekadar nama sahaja ditukar, sedangkan pengisian program dilihat masih sama seperti PLKN.

Sumber: FB Astro Awani

PLKN diperkenalkan pada 2004 oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ditambah baik pada 2016 menjadi PLKN 2.0 yang mengandungi dua fasa.

Sumber: FB Astro Awani

Fasa 1 PLKN 2.0 memerlukan pelatih mengikuti Program Pembelajaran Bersepadu (ILP) selama lapan minggu dalam kem dan masih menerapkan elemen teras PLKN 1.0, iaitu patriotisme (cinta negara) serta perpaduan dan kesukarelaan dengan suntikan elemen baharu, iaitu kemahiran.

Sumber: FB Astro Awani

Bagi mengukuhkan elemen kemahiran, pelatih ditawar melanjutkan latihan ke Fasa 2, iaitu latihan kemahiran teknikal di institut latihan kemahiran awam atau swasta selama tiga hingga 36 bulan, bergantung kepada bidang kemahiran yang dipilih.

Apa yang diharapkan, program baharu yang dicadang bagi menggantikan PLKN harus bebas pengaruh politik dan seharusnya lebih baik, khususnya yang menjurus kepada ketamadunan dan penerapan nilai budi yang mengajar generasi muda berdikari dan pandai membalas budi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah Sekolah Pemimpin Masa Hadapan Ini Berkesan Dilaksnakana Atau Ia Penjenamaan Semula Sahaja?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN