Sekiranya kita bercerita soal pendidikan di Sarawak, apa yang terbayang dalam ingatan ialah berkenaan kedaifan sekolah-sekolah yang terdapat di Sarawak. Tidak termasuk soal jauhnya jarak sekolah tersebut dari kawasan penduduk setempat berdasarkan geografi kawasan di Sarawak.

Sumber: Utusan Malaysia

Namun, hakikat yang perlu kita terima, kebanyakan sekolah di Sarawak tidak ubah seperti 40 tahun yang lalu. Lubok Antu misalnya, merupakan antara kawasan yang mempunyai sekolah daif dan usang. Perkara tersebut turut diakui oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang yang menyatakan keadaan sekolah di kawasan beliau sangat menyedihkan dan sukar untuk digambarkan.

Sebagai tambahan, sekolah-sekolah di Sarawak masih ada lagi yang menggunakan mesin generator sebagai bekalan elektrik utama. Kebanyakan sekolah tersebut berada di kawasan pedalaman yang jauh dari capaian tenaga elektrik.

Peruntukan Kepada Kerajaan Negeri Banyak Diberi

Apa yang menjadi kehairanan ialah banyak peruntukan telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun-tahun sebelum ini kepada kerajaan Sarawak, namun tidak ada sebarang perubahan ketara yang dilihat. Sedangkan peruntukan sebanyak RM500 juta kepada Sarawak pada tahun lalu adalah menyamai dengan bajet naik taraf sekolah daif di Semenanjung.

Sumber: Bacalah Malaysia

Tindakan segera wajar dilakukan oleh kerajaan khususnya Kerajaan Persekutuan kerana kedaifan infrastruktur sekolah di Sarawak tidak boleh diterima akal sekiranya ingin dibandingkan dengan keadaan sekolah di Semenanjung.

Kemiskinan menjadi permasalahan utama di Sarawak. Kebanyakan keluarga di Sarawak tidak berkemampuan menghantar anak mereka untuk ke sekolah-sekolah yang lebih baik di bandar khususnya sekolah berasrama penuh disebabkan faktor kemiskinan dan faktor geografi kawasan mereka yang berbukit-bukau jauh dari sistem pengangkutan.

Sumber: Utusan Borneo

Anak Pintar Dari Pedalaman

Sedangkan ramai anak-anak di sekolah luar bandar daripada keluarga miskin mempunyai bakat dan kecerdasan minda.

Amat wajar bagi pihak kerajaan menyediakan segala fasiliti, infrastruktur yang baik dan guru-guru berkualiti bagi memastikan mereka juga mampu mendapat pendidikan yang cemerlang, bukan sekadar akademik tetapi juga dalam pencapaian lain.

Peruntukan RM1 Bilion Lunas Hutang Sarawak

Baru-baru ini, berdasarkan laporan Berita Harian, hutang kerajaan negeri Sarawak kepada Kerjaan Persekutuan adalah sebanyak RM 1 bilion. Sebagai timbal balik untuk melunaskan hutang Sarawak, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju memberikan peruntukan RM 1 bilion terus kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bagi membangunkan sekolah-sekolah daif di Sarawak.

Sumber: Utusan Borneo

Dalam masa yang sama, sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Jabatan Kerja Raya Sarawak bagi menaiktaraf 33 buah sekolah daif di Sarawak.

Wajarkah Peruntukan Tidak Melalui Kerajaan Negeri?

Adakah menyalurkan peruntukan terus kepada JKR Sarawak tanpa melalui kerajaan negeri Sarawak suatu tindakan yang wajar? Persoalan ini ditumbulkan memandangkan banyak peruntukan yang diberikan terus kepada Kerajaan Sarawak bagi tujuan pembangunan sekolah sebelum ini tidak menampakkan sebarang hasil.

KATA ORANG

KATA ANDA

Mengapa sekolah di Sarawak masih lagi daif sedangkan banyak dana peruntukan telah diberi?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN