Setiap orang mempunyai cita-cita, membesar dengan keamanan dan kasih sayang, serta mendapat akses pendidikan yang sempurna. Namun perkara tersebut tidak berlaku bagi kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sabah. Pendidikan yang bakal menjadi kunci perubahan hidup tidak mudah untuk diperolehi.

Segalanya disebabkan mereka tidak memperolehi dokumen pengenalan sah yang menyebabkan mereka tidak dapat menerima segala akses kemudahan awam khususnya pendidikan. Pendidikan adalah hak asasi setiap manusia yang perlu diperolehi bagi membentuk insan manusiawi.

Sumber: Malaysiakini

Data Kanak-Kanak Tanpa Kerakyatan

Berdasarkan Data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2017, Sabah mempunyai 23,154 orang penduduk tanpa kerakyatan di bawah usia 21 tahun dengan salah seorang dari ibu bapa mereka merupakan warganegara Malaysia. Isu ini berpunca daripada kebanjiran pendatang asing dari Filipina dan Indonesia ke dalam negara tanpa dokumen yang sah.

Berdasarkan data tersebut, menjadi suatu keseriusan dan ancaman kepada masyarakat sekiranya mereka tidak mendapat pendidikan asas dan sahsiah yang berguna.

Usaha NGO

Fatiha Shuib, salah seorang pengarah urusan dan pengasas sebuah Badan Bukan Kerajann (NGO) 1 Moment4Them berkata, pembelaan perlu dilakukan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan sah untuk membentuk sahsiah mereka pada masa akan datang.

Beliau menambah, adalah mustahil untuk menghalau mereka dari bumi ini memandangkan jumlah mereka yang terlalu ramai. Perkara yang wajar dilakukan ialah mempersiapkan anak-anak ini dengan pendidikan supaya menjadi masyarakat yang berguna.

Inisiatif sama turut dilakukan oleh NGO Teach For The Needs (TFTN) yang mendirikan sekolah alternatif bagi membantu kanak-kanak tanpa dokumen sah di Semporna. Bagi Mukmin Nantang yang juga merupakan Guru Besar di sekolah terbabit, satu pembelaan wajar diberikan kepada setiap insan yang mahu menjadikan pendidikan sebagai asas kehidupan.

Sumber: Facebook Mukmin Nantang

Tinggalkan Kerjaya Demi Pendidikan Anak Sabah

Beliau merupakan Graduan lulusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak boleh menerima wujudnya kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah. Beliau pernah menerima tawaran pekerjaan yang lebih stabil, namun lebih cenderung untuk mendidik murid-murid di sekolah alternatif kerana yakin guru adalah alat perubahan bangsa. Satu pengorbanan besar bagi seorang anak muda Sabah.

Selain Semporna, TFTN turut membuka beberapa buah sekolah di lokasi berbeza seperti di Tawau, Kota Kinabalu dan Tuaran. Namun, Semporna merupakan kawasan yang mempunyai masalah sosial dan ekonomi paling tinggi di Sabah.

Sumber: Facebook Borneo Komrad

Sekolah alternatif bawah seliaan Mukmin menawarkan pendidikan asas seperti mengira, mengeja, menulis dan membaca secara percuma kepada anak-anak yang tidak dapat berdaftar di sekolah formal. Malah, kelengkapan persekolahan seperti warna, pensel, dan pemadam turut dibekalkan.

Sumber: Facebook Mukmin Nantang

Bagi memastikan kelangsungan sekolah-sekolah alternatif bagi kanak-kanak tanpa kerakyatan, beliau turut mewujudkan Kempen Sumbangan Potongan Gaji 1% daripada orang ramai.

Diharapkan agar pendidikan bagi golongan tanpa kerakyatan turut diberi perhatian oleh pihak kerajaan sebagai satu tanggungjawab yang wajar diberikan oleh pemerintah tanpa mengira latar belakang keluarga.

KATA ORANG

KATA ANDA

Sekolah alternatif mampu selesaikan masalah pendidikan anak-anak tanpa kerakyatan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN