Sebagai sebuah negara Islam, memang tidak dinafikan Malaysia antara negara terkenal yang lantang bersuara terutama dalam menyentuh isu mengenai Palestin.
Sehinggakan baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, membuat keputusan untuk tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini serta menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan di Kucing, Sarawak.
Tindakan Malaysia yang kekal dengan pendiriannya itu sekaligus menyebabkan negara Israel tidak senang akan keputusan tersebut sehingga menyebabkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) semalam, membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk kejohanan tersebut yang dijadualkan pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.
Pun begitu, sehingga ke hari ini, walaupun ada pihak dilihat terus mengecam negara kita disebabkan keputusan tersebut yang jelas memperlihatkan seperti berat-sebelah namun netizen di media sosial rata-ratanya dilihat tidak kisah akan penarikan tersebut malah terus menyatakan sokongan padu kepada Malasia untuk terus memperjuangkan Palestin.
Rakyat Malaysia Tidak Kisah Keputusan IPC
Walaupun ada sebilangan besar mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia itu akan menjejaskan industri pelancongan negara, namun rata-rata rakyat Malaysia dilihat tidak kisah akan keputusan yang dibuat oleh IPC.
Malah, sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi menyatakan isu sekatan atlet dari negara itu ke Malaysia tidak sama sekali menjejaskan industri pelancongan negara.
Sekiranya IPC membatalkan hak penganjuran Malaysia dalam kejohanan tersebut, banyak lagi cara lain yang boleh dibuat oleh negara kita untuk menarik pelancong luar yang mempunyai hubungan dengan Israel.
Selagi kerajaan dan rakyat Malaysia bersatu mengecam jenayah perang yang tidak bertamadun ini, negara luar tidak akan berani menindas Palestin disebabkan keberanian negara kita untuk tidak mengiktiraf negara Israel.
Untuk pengetahuan umum, Malaysia bukan sahaja terkenal dalam kelantangannya bersuara mengenai soal Palestin tetapi juga lantang bersuara terhadap apa yang berlaku kepada golongan Syria dan Rohingya di Rakhine khususnya.
Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sendiri berkata bahawa tindakan untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding di negara ini dianggap sebagai satu keputusan yang sangat kecil berbanding dengan pembunuhan ke atas umat Islam yang dilakukan oleh rejim mereka.
Tidak Jejas Industri Sukan Negara
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan isu sekatan atlet dari negara itu ke Malaysia sama sekali tidak menjejaskan pembangunan sukan di negara ini.
Beliau berkata, pembangunan sukan di negara ini diyakini akan terus berjalan lancar kerana pendirian Malaysia itu sudah disuarakan sejak sekian lama dan sebelum ini, Malaysia juga pernah menganjurkan pertandingan peringkat antarabangsa.
Biarpun sekatan dibuat, kementeriannya tetap berdiri teguh dengan pendirian kerajaan dan pembatalan itu juga dilihat tidak memberi sebarang impak terhadap industri sukan seperti yang dipertikaikan ramai pihak.
Malaysia Perlu Terus Lantang Mengenai Isu Palestin
Walaupun Malaysia tidak mempunyai kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), ia sama sekali tidak menghalang sesebuah negara itu untuk menyatakan pendirian secara tegas dan berani mengenai Palestin.
Apa yang penting bagi sebuah negara Islam seperti Malaysia adalah nilai persaudaraan Islam dan naluri perikemanusiaan terhadap rakyat Palestin yang telah ditindas secara kejam oleh rejim Zionis sehingga ke hari ini.
Disebabkan itu, Malaysia bangkit menyatakan pendiriannya bahawa Israel adalah pengganas dan tidak pernah mempunyai mana-mana hubungan diplomatik dan mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.
Daripada mengadakan protes secara besar-besaran terhadap apa yang dilakukan oleh rejim Zionis serta memboikot produk berkaitan Israel, ianya sudah sebegitu jelas menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai jiwa yang besar dalam memperjuangkan Palestin.
Sehinggakan suara yang dibawa oleh Malaysia kini telah merebak ke seluruh dunia yang mana sebahagian rakyat di Amerika Syarikat sendiri dilihat menyokong kezaliman Israel.
Dalam perkara ini, walaupun Israel menindas umat Islam hampir setiap hari sehingga menimbulkan banyak kemusnahan harta benda, namun Malaysia dilihat tidak putus-putus menghulurkan sumbangan tabung bantuan kemanusiaan dan menghantar pasukan doktor perubatan ke sana untuk kelangsungan hidup.
Ditambah pula dengan keputusan untuk tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara dan menyertai kejohanan tersebut lantas menyebabkan suara yang dibawa Malaysia terus menjadi perhatian dunia.
KATA ORANG
Buat APA yang Kita perlu buat,
β Ab Ghani (@AbGhani54292133) January 27, 2019
Walaupun Kita negara kecil,tapi Kita ada pendirian
Yes Takpe Malaysia..We still stand with our pride.Jangan melepaskan pendirian kita,Kalau boleh tolong hentikan Segala Bentuk dagangan Berkait dgn Israel.Let the whole world knows that Malaysia is an ANTI ISRAEL!!!!!!πͺπΌπͺπΌ
β Sasi Jegandran (@SasiJegandran) January 27, 2019
Well done malaysia.. negara kita hak kita.. kita berhak menentukannya jangan biar diorg pengaruhi kita... ππππ
β Norsaleha Zakaria (@NSalehaZakaria) January 27, 2019
Syabas Malaysia. Persaudaraan dan silaturrahim dgn rakyat palestin bkn murah tahap temasya.
β SN Othman (@sweastick) January 27, 2019