Baru-baru ini, Malaysia mengambil langkah menyekat kemasukan atlet dari negara Israel untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Tindakan berkenaan seterusnya menerima kecaman hebat dari Israel sehingga menuduh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebagai ‘anti-Semitisme melampau’.

Bagaimanapun, Mahathir dalam satu kenyataan medianya membalas langkah itu sejajar dengan pendirian negara yang tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik.

 

Tidak Jejaskan Industri Pelancongan Di Malaysia

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi menyatakan isu sekatan atlet dari negara itu ke Malaysia tidak sama sekali menjejaskan industri pelancongan negara.

Sumber:Sarawakvoice

Beliau berkata, industri pelancongan negara berjalan seperti biasa walaupun sekatan dilakukan ke atas atlet Israel itu.

Ini pendirian daripada kerajaan Malaysia hari ini dan sekatan ini pun dari dahulu mungkin juga tidak akan dibenarkan.

Malah sekatan ini tidak menjejaskan kedatangan pelancong dari negara-negara yang punyai hubungan dengan Israel.

 

Bendera Malaysia Berkibar Di Stadium Gaza

Susulan isu sekatan itu, dilaporkan bendera Malaysia dikibarkan di sebuah stadium di Gaza, Palestin minggu lalu.

Sumber:YOY Network

Menurut Free Malaysia Today, bendera itu dikibarkan bersama-sama sepanduk di Stadium Yarmouk – antara yang tertua di Gaza – Sabtu lalu ketika satu perlawanan bola sepak berlangsung.

Ia terus dikibarkan di Stadium Palestin – yang pernah dibom Israel pada 2006 keesokannya.

Sumber:Youtube Aqsa Syarif

Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Muslim Imran, tindakan itu untuk memperlihatkan kebanggan rakyat Palestin dengan Malaysia.

Selain pengibaran bendera, kata Muslim lagi, rakyat Palestin juga menyatakan sokongan di media sosial melalui tanda pagar #supportMalaysia.

 

Tun Mahathir Diasak Austria

Sumber:CelotehSaje

Selepas diasak wartawan Barat berhubung pendirian Malaysia yang melarang atlit Israel untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia yang akan diadakan di Sarawak pada Julai ini, hari ini giliran pemimpinnya mengasak Tun Mahathir.

Sumber;sinar harian

Terbaru, Canselor Republik Austria, Sebastian Kurz menimbulkan isu menyemai kebencian kepada bangsa Yahudi semasa pertemuan mereka di Vienna, semalam.

Peter Launsky-Tieffenthal, jurucakap bagi kerajaan Austria, menulis di The Jerusalem Post: “Selepas pertemuan itu, Canselor memberitahu wartawan Austria bahawa berhubung Israel dan antisemitisme, beliau dan rakan sejawatannya ‘jelas bertentangan pendapat ‘dan bahawa apa-apa bentuk antisemitisme di Malaysia dan di mana-mana sahaja adalah sesuatu yang ‘tidak boleh diterima.’

Katanya, canselor itu menyampaikan kepada Mahathir bahawa “Austria adalah dan tetap tanpa sebarang keraguan ‘sahabat dan rakan kepada Israel’ serta komited untuk melawan sebarang bentuk antisemitisme.”

Ketika diasak secara terbuka oleh Presiden Oxford Union, Daniel Wilkinson, beliau berkata, Malaysia mempunyai hak untuk menutup sempadannya kepada sesetengah orang terutama mereka yang negara ini berpendapat melakukan banyak perkara yang salah.

Ditanya sama adakah adil untuk menghukum rakyat Israel berbanding kerajaan Israel, Perdana Menteri berkata, ia nampak seperti kebanyakan orang Israel menyokong pendirian yang diambil oleh kerajaan mereka.

Sumber:BeritaHarian.sg

Parti Buruh UK pula Tidak Senang Duduk

Parti Buruh United Kingdom cuba melobi kerajaan negara itu menentang keputusan Malaysia menyekat atlet Israel untuk kejohanan di Sarawak Julai ini.

Sumber:Twitter Tun Mahathir

Memetik Huffington Post, The Time of Israel melaporkan timbalan ketua parti itu Tom Watson menulis kepada setiausaha luar Jeremy Hunt dengan menyifatkan tindakan Malaysia tidak adil dan tidak boleh diterima.

Watson juga menyifatkan tindakan itu sebagai diskriminasi dan bertentangan dengan misi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Parti Buruh juga mahu kerajaan British menekan pesuruhjaya tinggi Malaysia di London untuk menukar keputusan itu, kata Watson kepada Hunt.

 

Reaksi Pemimpin

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah,Raja Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, tidak ada keperluan untuk atlet negara bermandi peluh memelihara semangat kesukanan dengan Israel ketika pada masa sama rakyat Palestin pula bermandi darah akibat kekejaman rejim Zionis.

Sumber:Malaysiakini

Katanya, memang benar sukan sepatutnya memupuk persaudaraan sejagat.

Namun, pada masa sama Tel Aviv sendiri tidak mengamalkan semangat tersebut dengan pelaksanaan dasar kejam dan menindas di Israel.

Kata Raja Bahrin langkah memboikot sesebuah rejim bukanlah asing berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini.

Memberikan contoh kerajaan Afrika Selatan dulu, Raja Bahrin berkata, negara itu pernah dipulaukan kerana mengamalkan dasar aparteid.

Sumber:Malaysiakini

Katanya dalam konteks Israel, rejim terbabit bukan sekadar mengamalkan diskriminasi malah banyak kekejaman lain dilakukan mereka.

Malaysia sendiri, kata Raja Bahrin, pernah mengambil tindakan memboikot Sukan Olimpik 1980 yang diadakan di Moscow, Soviet Union sebagai tanda membantah pencerobohan rejim komunis itu di Afghanistan.

 

Reaksi Rakyat Malaysia

Rata-rata rakyat di negara ini bersetuju dan menyokong pendirian yang dibuat oleh kepimpinan Tun Mahathir yang menyekat atlet itu daripada memasuki negara ini.

Walaupun ada segelintir yang membantah altet-atlet ini hanya menjadi mangsa kepada kekejaman yang dilakukan kerajaan mereka,  namun apa yang berlaku di palestin tiada rakyat mereka pun yang membantah tindakan kerajan zionis itu.

Dengan menyekat atlet negara itu, ia menunjukkan betapa seriusnya Malaysia dalam isu kekejaman ini.

Tun Mahathir terkenal dengan pendirian kerasnya terhadap Israel sejak beliau menjadi perdana menteri kali pertama lagi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah kerajaan Malaysia menyekat atlet Israel daripada bertanding di Malaysia?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN