Bawal Exclusive yang terkenal dengan penjualan tudung sehingga mencecah ribuan ringgit sekali lagi mencipta rekod apabila menjual koleksi terbarunya pada harga RM 50,000 sehelai.

Sumber : Facebook Bawal Exclusive

Dikatakan tudung bertatahkan batu Swarovski berbagai warna yang dihasilkan daripada kain Voile diimport dari Jepun dengan susunan batu kristal Swarovski membentuk tema bunga-bungaan itu tudung termahal di dunia.

Kejayaan penghasilan tudung tersebut sekali gus memadamkan rekod jualan sehelai tudung mereka sebelum ini bernilai RM33,000 oleh seorang wanita dari Kelantan pada tahun lalu.

Sumber : Facebook Bawal Exclusive

Dibeli wanita 35 tahun

Menurut pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, tudung paling mahal di dunia itu menjadi milik seorang ahli perniagaan dari Kuantan berusia 35 tahun yang menempahnya melalui butik premium, ByQiss by Bawal Exclusive.

Sumber : Facebook Bawal Exclusive

Tudung tersebut dibuat sepenuhnya di Austria dengan ilham padang pasir berbunga, sesuai dengan personaliti pemiliknya.

Difahamkan tudung ini bakal digayakan pada hari lebaran yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Tudung berkenaan diserahkan kepada pemilik butik Byqiss dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan pada 27 Mei yang lalu.

 

Perlu ke Beli Tudung Mahal?

Segelintir netizen mempersoalkan tindakan membeli tudung yang harganya setanding dengan sebuah kereta Perodua Myvi.

Mereka berpendapat duit yang digunakan untuk membeli tudung tersebut lebih baik digunakan untuk membeli emas yang boleh membawa pulangan semula kepada mereka.

Sumber : Facebook Bawal Exclusive

Tetapi lain pula perspektif pembeli tudung itu. Pemilik butik ByQiss by Bawal Exclusive, Datin Hamizan Putih berkata, walaupun ada pihak yang mempersoalkan kewajaran membeli tudung bernilai ribuan ringgit, namun katanya tidak salah untuk para wanita dihadiahkan atau menghadiahkan diri sendiri dengan tudung eksklusif tersebut.

Sebagai wanita yang istiqamah dalam menjaga aurat katanya, memakai tudung eksklusif ini akan turut memberi motivasi kepada wanita untuk bekerja lebih keras terutamanya dalam kalangan wanita pantai timur yang terkenal dengan semangat keusahawanan mereka.

Namun ada juga netizen yang menyokong tindakan Datin Hamizan membeli tudung tersebut. Bagi mereka, jika ada duit apa salahnya untuk membeli apa yang diinginkan untuk kegunaan sendiri.

 

Kenapa Mahal Sangat

Pengasas Bawal Exclusive menyatakan harga tudung tersebut mencecah harga RM50,000 itu adalah termasuk dengan kos pereka profesional, kos di Austria lengkap semuanya.

Tidak mudah untuk menghasilkannya. Pereka perlu bertanggungjawab menyusun atur kedudukan beribu batu kristal Swarovski diatas tudung tersebut dan menampalnya satu persatu.

Sumber : Facebook Bawal Exclusive

Jika tersalah tampal, tudung boleh dikira rosak. Ini merupakan cabaran terbesar sebagai seorang pereka untuk menghasilkan sesuatu produk.

 

Sejarah Bawal Exclusive

Jenama Bawal Exclusive bukanlah bermula seperti yang anda lihat hari ini. Mereka mendaki tangga dari bawah.

Mengimbau perjalanan perniagaannya, Haliza berkata, tiada siapa yang menjangka perniagaan yang beliau mulakan bersama suami, Mohd Rosli Awang pada tahun 1998 kini mampu menjadi jenama tudung yang semakin terkenal.

Bermula di pasar malam kemudian gerai kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman, Bawal Exclusive kini bukan sahaja memiliki bangunan sendiri, bahkan turut mempunyai 10 butik premium dan 35 ejen jualan di seluruh Malaysia.

Sumber : Facebook Bawal Exclusive

Bercerita mengenai pengalamannya, tidak mudah untuk beliau dan suami berjaya seperti hari ini. Tudung bawal pernah menghadapi kejatuhan 19 tahun dahulu sehinggakan beliau mahu membeli buah manggis tidak mampu. Kehidupan mereka sukar ketika itu.

Namun, dengan semangat dan usaha mereka, akhirnya mereka berjaya mencipta nama Tudung Bawal Exclusive ke peringkat lain saat ini. Bak kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda berbaloi ke membeli sehelai tudung berharga RM50,000?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN