Terlalu banyak kemalangan yang terjadi ketika mengecas telefon bimbit lebih-lebih lagi ketika sedang tidur.

sumber: petua ibu

Walaupun sudah banyak kes yang dilaporkan dari luar negara dan juga dalam negara, namun masyarakat masih tidak cakna dengan keadaan ini.

Kes terbaharu terjadi di Chonburi, Thailand, seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik daripada tefon bimbit yang sedang dicas.

 

Terkulai Di Sebelah Plug

Menurut sumber daripada laman Lobak Merah, sebelum kejadian berlaku, dia dikatakan sedang bermain permainan atas talian (online game) dengan menggunakan pelbagai peranti elektrik di atas katilnya dan ketika itu salah satu telefon bimbitnya sedang di cas.

sumber: harian metro

Ibu saudaranya menyedari mangsa tidak sedarkan diri dan terdapat kesan kebiru-biruan serta tangan kiri mangsa turut melecur dengan teruk dan betul-betul berada di sebelah plug.

Jika kejadian yang berlaku di Malaysia pula, laporan daripada Harian Metro, tahun lepas terdapat seorang remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas.

sumber: harian metro

Tetapi mangsa tiada sebarang kesan lebam atau luka pada badannya tetapi terdapat pendarahan di sebelah telinga kirinya. Mangsa dikatakan memakai ‘earphone’ dan telefon bimbit miliknya yang berada bersebelahan sedang dicas.

 

Pengecas Murah Punca Berlakunya Kemalangan

Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah kejutan elektrik yang berpunca dari telefon bimbit mampu membunuh? Sumber daripada laman iluminasi.com, terdapat pakar mengatakan bahawa kemungkinan seseorang itu untuk terkena kejutan elektrik dari telefon bimbit ketika sedang dicas sangat rendah.

Antara sebab utamanya adalah telefon yang dicas menggunakan wayar USB mempunyai bekalan voltan lebih kurang lima voltan sahaja yang mana tidak cukup untuk membahayakan manusia.

Pengarah Komunikasi Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat juga menyatakan kemalangan yang berkaitan dengan kejutan elektrik dari telefon bimbit sangat kurang.

Namun, risiko untuk terkena kejutan elektrik meningkat apabila seseorang mengecas telefon menggunakan pengecas yang tidak bermutu atau tidak sepadan. Hal ini kerana sesetengah pengecas tiruan tidak mempunyai penebat yang betul dan berpotensi mendedahkan penggunaan kepada telefon yang terlalu panas, kebakaran atau kejutan elektrik.

sumber: mstar

Sumber daripada mstar pula, seorang pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hampir kehilangan nyawa apabila bilik sewanya terbakar dan dipenuhi asap. Kejadian tersebut dipercayai adalah disebabkan dia menggunakan pengecas telefon bimbit yang murah berharga lima ringgit.

 

Guna ‘Power Bank’ Juga Berisiko

‘Power bank’ boleh dikatakan sebagai salah satu pengecas bateri mudah alih dan dikatakan selamat digunakan walaupun ketika tidur.

sumber: beautynesia

Dakwaan tersebut mungkin tidak begitu tepat kerana menerusi maklumat yang diambil daripada laman maskulin.com, kematian boleh terjadi disebabkan pengaliran arus pada jantung akibat berlakunya litar pintas di dalam ‘power bank’ itu sendiri.

Penggunaan ‘power bank’ yang tidak mempunyai sistem perlindungan litar pintas mampu menyebabkan kematian sekiranya berlaku lintas pintas ketika digunakan walaupun ia tidak bersambung pada punca suis elektrik.

Oleh itu, disarankan untuk tidak meletakkan ‘power bank’ berhampiran dengan tubuh bagi mengelakkan kecederaan apabila berlaku litar pintas serta tidak terpengaruh dengan harga ‘power bank’ yang terlalu murah kerana dikhuatiri tiada sistem perlindungan litas pintas.

 

Elak Mengecas Telefon Ketika Tidur

Selain itu, terdapat juga dakwaan yang mengatakan jika menggunakan telefon ketika sedang mengecas tidak mengapa asalkan pengecas yang digunakan itu asli dan memenuhi spesifikasi pengecasan.

Perbuatan mengecas telefon pintar ketika sedang tidur bukanlah sesuatu yang asing, namun ramai yang tidak menyedari tindakan itu sebenarnya membahayakan nyawa.

Walaupun begitu, beringat dahulu sebelum terkena. Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, lebih baik mematikan telefon bimbit ketika hendak tidur dan mengecas hanya pada waktu siang sahaja.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda sering mengecas telefon berhampiran anda ketika tidur?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN