Sedar tak sedar, Ramadan bakal meninggalkan kita lagi seminggu sahaja lagi. Ketika ini, umat Islam pastinya tidak sabar untuk menyambut hari kemenangan umat Islam, iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Sekarang ini, mesti ramai yang sudah terfikir dan teruja dengan juadah yang akan dihidangkan di pagi Syawal bukan?

Sumber: Astro Awani

Kebiasannya, menu yang paling ditunggu ramai adalah lemang, rendang, lontong, ketupat dan pelbagai jenis kuih muih dari generasi terdahulu. 

Seiring dengan kemajuan, ada sahaja menu terbaru yang mencetuskan sedikit kelainan bagi sambutan Syawal dengan adanya kehadiran juadah lemang periuk kera yang semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun ingat, spesis tumbuhan periuk kera ini sebenarnya telah disenarai sebagai terancam oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List dalam pada kita sedang menikmati juadah istimewa ini. 

 

Apa Istimewanya Lemang Periuk Kera?

Jika sebelum ini, lemang buluh menjadi kegemaran orang ramai tetapi kini nampaknya ramai sudah jatuh hati terhadap lemang periuk kera. 

Bila bercakap mengenai lemang ini, mungkin ada di antara kita yang takut untuk mencuba juadah istimewa ini disebabkan anggapan yang mengatakan periuk kera ini adalah beracun.

Sumber: Merdeka

Tetapi sebenarnya, ia tidaklah beracun seperti yang disangka sekiranya kita menggunakan periuk kera dengan betul dan dibasuh dengan teknik tertentu.

Dari segi cara pembuatan, caranya masih sama seperti membuat lemang di dalam buluh yang mana kedua-dua juadah ini masih menggunakan pulut dan santan dan garam sebagai bahan utama.

Apa yang membezakan adalah cara memasak yang mana lemang buluh perlu menggunakan kaedah tradisional kayu api untuk membakar lemang tersebut yang memakan masa beberapa jam untuk dimasak.

Lain pula bagi lemang periuk kera yang mana ianya perlu dikukus sekurang-kurangnya 40 minit untuk dimasak. Malah harganya juga jauh lebih mahal berbanding dengan lemang buluh. 

 

Sedap Dimakan, Tetapi Periuk Kera Semakin Diancam Bahaya

Sumber: Merdeka

Walaupun ramai yang lebih menggemari lemang periuk kera ini disebabkan rasanya yang jauh lebih manis dan berlemak, namun spesis ini sebenarnya telah dikategorikan sebagai spesis terancam.

Hal itu didedahkan oleh Profesor Emeritus Dato. Dr. Abdul Latiff Mohamad yang mengatakan kegiatan manusia yang rakus dalam menjadikan periuk kera untuk dijadikan juadah lemang menjadi punca kepada kepupusan spesis ini. 

Jadi, selagi mana orang ramai tidak mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga tumbuhan eksotik ini, selagi itulah spesis ini akan diancam dek kerana spesis ini sukar untuk dibiakkan seperti tumbuhan yang lain. 

 

Jangan Makan Periuk Kera! 

Sumber: Limau Madu

Jadi, bagaimana?

Adakah setelah mengetahui tentang ancaman terhadap periuk kera ini, anda masih bersemangat untuk menyediakan hidangan ketupat dan lemang dalam flora yang makin pupus ini? Tepuk dada, tanyalah hati.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, perlukah larangan penguatkuasaan dibuat ke atas periuk kera supaya tidak dijadikan sebagai juadah lemang untuk melindungi spesis ini daripada kepupusan?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN