Baru-baru ini telah tular sebuah video di mana seorang lelaki yang dipercayai dari negara Indonesia sedang memakan seekor kucing secara hidup-hidup.

 

 

Kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah pasar di Jakarta, Indonesia di mana lelaki tersebut dilihat sedang memegang seekor kucing dengan bahagian perutnya telah terburai akibat dimakan olehnya.

Tindakan kejam lelaki tersebut turut mendapat pelbagai reaksi dan kecaman daripada pelbagai phak serta orang ramai. Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan lelaki tersebut melakukannya untuk tujuan ritual ilmu hitam.

 

Di Pasar Pun Ada Jual

Pasar Tomohon yang terletak di Sulawesi Utara cukup terkenal dengan menjual daging haiwan eksotik seperti anjing, kucing, babi, kelawar, tikus dan juga ular.

 

 

Mungkin kedengaran pelik dan meloyakan tekak, tetapi hakikatnya sudah menjadi kebiasaan masyarakat di sana berjual beli haiwan-haiwan eksotik ini di pasar.

Jika anda melancong ke sana dan singgah ke Pasar Tomohon ini, anda akan dapat melihat bagaimana anjing dan kucing dipukul secara hidup-hidup dan kemudian dibakar sebelum dijual kepada pelanggan.

Antara sebab mengapa mereka menjual daging haiwan eksotik ini di pasar ialah kerana pada masa dahulu, masyarakat setempat sukar untuk mendapatkan haiwan ternakan untuk dimakan.

Sehingga ke hari ini, Pasar Tomohon tetap ramai dengan mereka yang menjual daging anjing, kucing dan daging haiwan yang lain serta dengan tanpa rasa bersalah membakar haiwan secara hidup-hidup. Walaupun begitu, perkara ini sudah menjadi tradisi kepada masyarakat setempat yang tidak boleh lagi diubah.

 

Satu Bentuk Kekejaman

Perbuatan memakan daging anjing dan juga kucing sememangnya berlaku di Malaysia dan sering dikaitkan dengan pekerja asing yang berasal dari Vietnam dan juga Indonesia.

sumber: warta pilihan

Mereka selalunya akan mencuri kucing atau anjing peliharaan milik jiran mereka secara senyap-senyap bagi memenuhi keperluan nafsu makan mereka. Sering kali menggunakan alasan budaya dan juga tradisi untuk membolehkan mereka melakukan tingkah laku kejam dan tidak berperikemanusiaan ini.

Perdagangan daging kucing dan juga anjing khususnya merupakan satu penderaan haiwan dan kekejaman ini tidak boleh di ambil ringan. Kaedah dan cara binatang dibunuh perlu tertakluk kepada peruntukan undang-undang kebajikan haiwan.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa perlu beri perhatian kepada peningkatan kes mencuri haiwan peliharaan yang sering kali berlaku. Kucing dan juga anjing telah mendapat tempat khusus dalam masyarakat Malaysia sebagai haiwan peliharaan dan perbuatan memakan daging haiwan peliharaan amat bertentangan dengan budaya rakyat di Malaysia.  

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah perbuatan memakan binatang seperti kucing dan anjing ini patut dihentikan dan dibanteras?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN