Setiap kali tibanya musim perayaan, hentian rehat dan rawat (R&R) pasti akan dipenuhi dengan puluhan kenderaan yang masih beraya mahupun pulang ke kota.

Sumber: www.ohmymedia.cc

Jadi, tidak hairanlah banyak kes di mana ahli keluarga dan rakan yang tidak sengaja ditinggalkan di stesen minyak atau di kawasan R&R itu sendiri.

Yang terbaru, seorang pasangan suami isteri pula tertinggal ibu mereka di R&R Bukit Besi, Dungun, semalam.

Difahamkan, pasangan tersebut menyedari ibu mereka tiada di dalam kenderaan ketika mereka berhenti makan di R&R Gambang iaitu kira-kira 196 kilometer dari tempat ibunya.

Kejadian yang berlaku itu menyebabkan netizen di media sosial membuat pelbagai spekulasi hingga mengundang kecaman.

 

Tertinggal Atau Sengaja Ditinggalkan?

Apabila cerita sudah menjadi tular, sudah tentu ada sahaja yang akan mengecam pasangan suami isteri terbabit sebagai anak yang cuai kerana tidak perasan mengenai ketiadaan ibunya di dalam kenderaan sebelum meneruskan perjalanan.

Malah, ada juga yang membuat andaian bahawa warga emas itu memang sengaja ditinggalkan anaknya di situ.

Maklumlah, zaman sekarang ini banyak kes anak sengaja tinggalkan ibu bapa mereka di perhentian bas, pasar dan di rumah orang tua tanpa dituntut oleh waris.

Sumber: www.ohmymedia.cc

Jadi, tidak hairanlah, apabila masyarakat dijaja dengan kisah sebegini, mereka mulai membuat tuduhan melulu terhadap pasangan terbabit meskipun kejadian yang berlaku itu bukanlah sesuatu yang disengajakan seperti didakwa ramai pihak.

 

Sayangi Ibu, Jangan Cuai

Sebagai manusia, kita seringkali membuat silap. Daripada terus membuat tuduhan tidak benar, ada baiknya kejadian seperti ini dijadikan pengajaran buat semua pihak supaya lebih berhati-hati apabila berhenti di tempat awam tambah-tambah lagi di musim perayaan ini.

Hari ini, mungkin orang lain terkena. Hari esok, silap gaya kejadian seperti ini mungkin akan terjadi pada diri kita sendiri.

Apa yang pasti, sebelum hendak memulakan sesuatu perjalanan, adalah lebih baik kita memeriksa bilangan ahli keluarga terlebih dahulu supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai kejadian yang menimpa warga emas ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN