Sumber: Malaysia Stylo News

Kecoh baru-baru ini apabila ramai pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) mendakwa mereka kehilangan wang selepas bank tersebut menaik taraf perkhidmatan sejak 31 Ogos hingga 4 September.

Malah ada mendakwa kehilangan wang sebanyak RM4000 dalam akuan mereka. Itu adalah jumlah yang besar.

Akibat itu, ramai yang mula marah dan meluahkan tidak puas hati terhadap perkhidmatan bank berkenaan dan mahu wang mereka yang lesap itu dipulangkan segera.

Sumber: Facebook

Bukan seorang yang telah mengadu perkara ini, rata-rata netizen di laman sosial berbahas isu yang sama.

Ekoran kekecohan yang timbul di laman sosial ini, pihak BSN mengakui pihak mereka telah menyedari tentang masalah berkenaan dan meminta agar semua pelanggan menunggu kenyataan rasmi daripada pihaknya untuk menjelaskan tentang situasi ini.

 

Adakah Duit Lesap Ini Berhenti Di Sini? Tidak.

Sumber: Instagram

Baru-baru ini, penyanyi dangdut popular, Mas Idayu kerugian RM6,000 apabila duit simpanan dalam akaun bank lesap tanpa pengetahuannya.

Video yang dimuat naik itu ditonton lebih 63,000 dan mendapat lebih 300 komen.

Jelasnya, berlaku pengeluaran RM1,500 sebanyak empat kali pada 13 September lalu. Dan 11 September menggunakan kad debit sebanyak RM600 untuk membeli kek hari jadi anaknya.

Yang menghairankan Mas Idayu, beliau dimaklumkan ada empat pengeluaran itu dibuat di empat bank berlainan. Sedangkan, kad ada padanya.

 

Kenyataan Balas BSN

Menurut satu kenyataan syarikat perbankan tersebut, tidak berlaku sebarang pemotongan mahupun pengurangan baki dalam akaun simpanan pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jelasnya, sistem memaparkan jumlah baki untuk pengeluaran tidak termasuk dengan jumlah baki minimun pelanggan (mengikut jenis akaun)
Katanya, insiden itu berlaku disebabkan oleh beberapa kekeliruan yang timbul.

 

Kesannya

Akibat banyak kehilangan duit di tempat yang kita anggap selamat, orang ramai mula menuding jari ke atas pengurusan bank yang dilihat cuai menjaga kewangan pelanggannya.

Sumber: Gan @ Mas

Ada yang rasa tidak selamat lagi simpan duit di bank. Baik simpan duit bawah bantal, macam nenek moyang kita dulu.

Ramai orang buka akaun di bank sebab nak duit selamat disimpan, kalau berlaku rompakan atau pencuri pecah masuk rumah, tak adalah mereka ambil duit kita.

Apa-apa pun diminta perkara ini tidak berlaku di masa akan datang.

KATA ORANG

@_jessxsh @ryne_karin Besok2 jadi ninja hatori aja, dijamin belang hilang, udh gtu bsa nyambi jd cosplay, dpt duit. Wkwkkw bego w

Mana duit ku hilang habis?

KATA ANDA

Adakah pihak berkuasa memantau perkara ini supaya orang ramai tidak lagi bimbang tentang kehilangan duit mereka dalam bank?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN