Kalau sebelum ini kegiatan scam dan penipuan atas talian sangat aktif dan ‘real’ sehinggakan ramai yang hampir 100 peratus percaya dengan janji-janji manis yang diucapkan.

Sumber:VoipReview

Pelbagai cara dan modus operandi digunakan kumpulan tidak bertanggungjawab ini untuk ‘memerah’ duit anda sehingga kosong.

Tetapi jangan terkejut sekarang wujud scammer yang tiba-tiba muncul depan anda tidak kira dimana sahaja anda berada.

Menyamar Sebagai Mekanik

Terbaru seorang mangsa penipuan Abdul Hakim Shahbudin berkongsi pengalamannya ditipu seorang lelaki berbangsa India yang menghulurkan pertolongan dengan menyamar sebagai mekanik.

Sumber: FB Abdul Hakim Shahbudin

Insiden itu berlaku ketika dia beriadah bersama keluarga termasuk abang iparnya di Taman Eko Rimba Sungai Tua, Ulu Yam beberapa hari yang lalu. Tiba-tiba sahaja suhu keretanya naik mendadak dan memaksa dia untuk berhenti.

Menceritakan hari kejadian tersebut, tiba-tiba datang seorang lelaki dengan menaiki motosikal dan bertanyakan keadaan keretanya. Lelaki yang tidak dikenali itu mula memeriksa kereta mereka dan menyatakan bahawa radiator keretanya bocor serta terdapat skru yang hilang.

Minta Bayaran RM65 Untuk Pasang Skru

Sementara menunggu lelaki mekanik itu datang, Abdul Hakim turut menelefon abang iparnya dan kereta abangnya itu juga mengalami keadaan yang sama. Sementara itu. mekanik tersebut meminta untuk ke bengkel bagi mengambil skru dan mengenakan bayaran RM65.

Sumber: FB Abdul Hakim Shahbudin

Nampaknya modus operandi yang sama berlaku kepada kedua-dua mangsa ini dan scammer ini seolah-olah sudah merancang untuk merosakkan kenderaan yang diletakkan di taman berkenaan.

Sangat bahaya untuk mereka yang pergi beriadah di taman berkenaan. Apa yang dapat dilihat, modus operandi seperti ini pertama kali berlaku di kawasan tersebut dan berkemungkinan kejadian ini bakal berulang jika tiada laporan polis yang dibuat.

Diminta Pasang CCTV

Rata-rata warganet mendesak pihak berwajib di taman berkenaan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir.

Sumber:Mohd Faiz bin Abdul Manan

Hal ini dapat mencegah insiden tersebut daripada terjadi lagi dan pelaku yang terlibat dapat ditangkap.

Selain itu, ia juga untuk keselamatan pengunjung yang datang beriadah di taman berkenaan.

 Tinjauan Pihak Polis

Selain memasang CCTV dikawasan parkir itu, mereka juga meminta pihak polis melakukan rondaan terutama pada waktu-waktu tertentu terutama pada waktu petang dan malam.

Kes sebegini dilaporkan pernah berlaku di kawasan Rawat dan Rehat (RnR) di Jejantas Sungai Buloh. Dimana berlaku juga perkara yang sama kepada pengunjung yang berhenti dikawasan berkenaan.

Malah, ada yang sampai diletakkan paku pada tayar. Sebab itu sangat penting untuk kita semak atau teliti kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa tindakan anda jika berada dalam keadaan itu?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN