Susulan isu harga barang naik, Pemuda Umno akan menubuhkan sekretariat pemantauan harga barang bagi memantau harga barang di seluruh negara bermula bulan depan.

Sumber:Utusan Online

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sekretariat tersebut akan diketuai ketua pergerakan pemuda di setiap negeri.

Sekretariat pemantau harga ini akan membuat laporan menerusi media dan media sosial mengenai perkembangan harga barang asas.

Walaupun kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk pantau harga barang tetapi Pemuda Umno tetap ingin membantu menteri supaya maklumat tepat sampai kepada mereka.

Katanya, pemantauan ini dilakukan sehinggalah kerajaan dapat menggariskan satu perancangan yang konkrit untuk rakyat dapat merasai kehidupan yang lebih selesa.

 

KPDNHEP Terima 4,000 Aduan Setiap Bulan

Sumber:The Borneo Post

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu, lebih 50 peratus aduan yang diterima kementeriannya ialah mengenai kenaikan harga makanan dan minuman di premis makanan, dan restoran.

Dua lagi aduan tertinggi yang diterima ialah penipuan urusniaga dalam talian dan iklan yang mengelirukan.

Kesemua aduan diterima melalui lapan saluran termasuk aplikasi WhatsApp.

Menurut Saifuddin Nasution, KPDNHEP ada menerima aduan mengenai kenaikan harga makanan yang dijual di kantin sekolah namun hanya “satu atau dua aduan sahaja”.

Berhubung itu, KPDNHEP akan berhubung dengan Kementerian Pendidikan dan jika sah aduan itu ‘legitimate’, KPDNHEP boleh syorkan langkah sewajarnya yang akan diambil.

 

Harga Barangan Naik Sehingga 41% selepas SST

Sumber:Malaysia Kini 2.0

Pada Oktrober tahun lalu, sebanyak 27% atau 115 daripada 417 barangan mengalami kenaikan harga antara 0.09% hingga 41.65%, selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen,sebanyak 70% atau 291 barangan mencatat penurunan antara 0.11 hingga 37.61%, manakala baki harga 11 barangan tidak berubah berdasarkan perbandingan harga antara Mei hingga September tahun lalu.

Sumber:RoketKini

Katanya, 417 barangan itu merangkumi 6 kategori, iaitu 136 barangan segar, barangan kering (25), barangan berbungkus, tin, pek dan botol (159), minuman (25), makanan dan barangan bayi (49) serta barangan kebersihan (23).

Chong berkata, memandangkan SST dikenakan di peringkat pengeluar, impak cukai jualan ke atas harga barangan keperluan belum ketara pada awal pelaksanaan.

 

Harga Barang Semasa GST

Sumber:suarapakatandaily

Kerajaan secara purata akan mengutip Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) purata sebanyak RM19 sehari daripada setiap keluarga di negara ini pada 2016 berbanding jumlah kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM0.14 sen sehari.

Sumber: New Straits Times

Rafizi Ramli sebelum ini sangat lantang menyuarakan isu-isu harga barang yang terbeban kepada rakyat di negara ini.

Beliau berkata, pada 2016 rakyat Malaysia dianggarkan membayar sejumlah RM13 bilion cukai tambahan kepada kerajaan yang terdiri daripada, duti eksais (kereta, rokok dan lain-lain), cukai individu dan cukai syarikat, termasuklah GST.

Katanya dari segi peratusan, kutipan GST pada 2016 menunjukkan peningkatan 13 peratus, duti eksais 2%, cukai individu 8% dan cukai syarikat 9% berbanding kutipan pada 2015, menjadikan jumlah kutipan meningkat RM13 bilion.

Sumber:ISMAWeb

Ulasnya, jika ini diagregatkan mengikut isi rumah dengan anggaran satu keluarga purata mempunyai lima orang ahli, bersamaan enam juta isi rumah, setiap keluarga Malaysia pada puratanya akan membayar cukai sebanyak RM27,857 setahun kepada kerajaan dalam bentuk cukai-cukai tersebut.

Menurut beliau lagi, keadaan ini berlaku apabila harga minyak mentah dunia jatuh mendadak dan kerajaan yang bergantung kepada kutipan cukai minyak sebelum ini tidak lagi menikmati hasil lumayan daripada sektor ini.

Katanya, kerajaan sendiri menjangkakan hasil dari sumber petroleum menurun sekitar RM30 bilion dalam tahun 2015 dan telah ditampung oleh kutipan GST.

Sumber:thecoverage.my

Dalam Bajet 2016, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengalihkan beban membayar hasil ini daripada syarikat-syarikat gergasi minyak kepada rakyat kebiasaan.

Katanya, lompong RM30 bilion ini dijangka terus ditampung oleh rakyat kebiasaan yang akan membayar cukai yang lebih tinggi.

 

Rakyat Kesal Umno BN Baru Bertindak

Rata-rata rakyat Malaysia tidak menolak usaha yang dilakukan parti Umno dan Barisan Nasional (BN) kini dalam soal menjaga kebajikan rakyat.

Namun, apa yang dikesali oleh mereka adalah ketika kerajaan BN menjadi kerajaan sebelum ini rakyat diketepikan dan poket mereka diutamakan.

Isu-isu rakyat tidak pernah diperjuangkan walaupun di Dewan Rakyat. Rakyat dibebani dengan pelbagai perkara termasuk harga barang yang sentiasa meningkat, minyak yang tidak turun, kos sara hidup rakyat yang tinggi dan sebagainya.

Apabila kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya pada 9 Mei tahun lalu, barulah sibuk mempertahankan hak rakyat dan sebagainya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Nampaknya Umno BN lebih peduli rakyat apabila diberi mandat menjadi pembangkang. Adakah anda bersetuju dengan pandangan ini?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN