Baru-baru seorang jurugambar perkahwinan berkongsi foto unik gambar perkahwinan pelanggan dan menerima hampir lima ribu ‘retweet’ di laman twitter. Isu tersebut menjadi viral dan hangat diperkatakan orang ramai. Namun begitu, pilihan pengantin tersebut untuk bersederhana dan tampil lain dari yang lain menerima kecaman orang ramai yang menganggap pilihannya tersebut sebagai merepek dan tidak relevan.

Sumber : The Reporter

Ramai yang mengatakan majlis perkahwinan hanyalah sekali seumur, kalau betul pun disebabkan nak berjimat janganlah sampai menggunakan brokoli. Bukannya mahal pun harga bunga-bunga segar yang boleh didapati dengan mudah.

Tidak pasti apakah motif utama pengantin wanita tersebut membuat keputusan untuk menggunakan brokoli, mungkinkah kerana brokoli merupakan sayuran kegemaran dia dan pasangan? Ataukah mungkin dia merupakan penjual brokoli? Apa-apa pun, orang ramai tidak berhak untuk menghakimi keputusan yang dibuat pengantin tersebut untuk majlis perkahwinannya.

 

Perspektif Masyarakat Terhadap Majlis Perkahwinan

 Umumnya sebuah majlis perkahwinan itu perlu dihiasi seperti sebuah mahligai indah yang akan menjadi tempat persinggahan raja sehari yang diraikan. Perspektif masyarakat terhadap sesebuah majlis perkahwinan itu ada punca mengapa sesetengah orang memilih untuk tidak berkahwin ataupun menunda majlis mereka demi memenuhi harapan orang ramai.

Kuala Lumpur 27 Nov 2012- One World Hotel, Bandar Utama.

Terutamanya bagi orang melayu, sudah banyak yang mempertikaikan adat dan budaya perkahwinan yang sudah diamalkan beratus-ratus tahun dahulu masih lagi diguna pakai sehingga sekarang sehingga kadang-kadang menjadi beban buat si bakal pengantin.

Pastinya semua orang pernah menghadiri sesebuah majlis perkahwinan, dari situ dapat kita lihat perbezaan adat yang diamalkan oleh setiap negeri menjadikan sesebuah majlis itu lebih ceria dan unik. Lihat sahaja majlis perkahwinan orang Melaka, bagaimana pengantin-pengantinnya dihiasai dengan pakaian-pakaian tradisional dan makanan-makanan tradisional yang beraneka macam.

Sumber : Nadiaaryana.blogspot

Namun begitu, dalam melihat kos barang yang hampir semuanya sudah naik, bukan semua orang mampu untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka dengan serba mewah dan gah.

Yang menyedihkan tekanan untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran bukan sahaja datang dari orang ramai malah ahli keluarga terdekat yang turut menjadi punca rata-rata bakal pengantin menjadi tertekan dalam merancang majlis mereka.

Pelamin, meja beradab, kad jemputan kahwin, hiasan dewan majlis, persembahan selingan, kek kahwin, hantaran dan baju-baju persalinan perkahwinan adalah faktor mengapa sesebuah perkahwinan itu seolah-olah menjadi beban. Bukan murah untuk menyediakan semua itu, kos untuk dewan perkahwinan sahaja boleh mencecah ribuan ringgit.

Ini juga merupakan penyebab mengapa segelintir pasangan mengambil keputusan untuk membuat pinjaman dari bank semata-mata untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Sedangkan bagi orang Islam, majlis nikah dan mas kahwin sudah memadai untuk menghalalkan sesebuah perkahwinan itu.

 

Utamakan Keperluan Bukan kehendak

Jika dilihat secara menyeluruh, banyak lagi perkara yang lebih penting yang perlu difikirkan apabila seseorang ingin mendirikan rumah tangga. Contohnya, rumah untuk didiami, kenderaan untuk digunakan, perabot-perabot rumah dan simpanan kecemasan jika ada perkara tak diingini berlaku.

Simpanan untuk kegunaan lepas kahwin adalah lebih penting dan perlu disediakan bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Kepada pengantin diatas, kami ‘salute’ anda dan pasangan kerana tidak kisah dengan kata-kata orang dan mengayakn majlis nikah anda dengan cara sendiri.

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah idea pengantin menggunakan brokoli sebagai bunga tangan merupakan idea yang bagus dan bijak?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN