Semalam video seorang wanita dipercayai orang Kelantan berang dan bertindak kasar terhadap suaminya dipercayai kerana masalah rumahtangga yang mereka hadapi.

Melalui perbualan yang dirakam tersebut, lelaki tersebut dikatakan tidak membayar nafkah kepada wanita tersebut dan anak mereka.

Malahan tuntutan cerai yang dibuat juga tidak diselesaikan segera dengan alasan hakim masih belum membuat keputusan.

Penularan video ini yang dirakam sendiri oleh wanita tersebut tular dan menerima respon pelbagai pihak diatas keberaniannya bertindak sedemilkian terhadap suaminya.

Ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan wanita tersebut sehinggakan kakinya berani diangkat ke muka suami.

Memang betul, apabila rasa marah dan geram sudah menguasai diri, pasti tindakan yang diambil juga akan menjadi luar dari kebiasaan.

Kisah disebalik masalah rumahtangga ini belum dapat dipastikan, namun yang pastinya pasti bukan hal-hal kecil. Jika si isteri sudah hilang sabar sampai begitu sekali, pasti besar kesalahan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan.

 

Suami Adalah Syurga Isteri

Ramai yang mengecam teruk tindakan wanita tersebut kerana menganggap dia sudah terlalu melampaui batas sebagai seorang isteri.

Tambahan pula, kekasaran tersebut dilakukan dihadapan anak-anak mereka sendiri. Selain menjadi contoh yang tidak baik, tidak mustahil anak-anak mereka juga akan turut melakukan benda yang sama terhadap pasangan mereka.

Walaupun ada perkara yang berbangkit antara mereka, namun wanita tersebut masih tidak patut berbuat sedemikian.

Jika betul proses pernceraian mereka asyik tertangguh, berurusan sahaja dengan pihak makhamah dan buat rayuan agar ia dapat diselesaikan segera.

 

Aib Sendiri Dibuka, Manusia Sudah Hilang Rasa Malu

Paling menyedihkan apabila masyarkat sekarang sudah tidak malu untuk menceritakan aib kepada orang ramai tentang kehidupan mereka.

Pengaruh sosial media yang seolah-olah berjaya memanipulasikan pemikiran orang ramai pastinya meninggalkan kesan yang buruk kepada kehidupan kita.

Bayangkanlah, cerita dalam kain pun kita sanggup hebahkan kepada orang ramai tanpa segan silu.

Membuka aib sendiri sedangkan kita disarankan untuk menutup rapat setiap kesalahan dan keburukan kita agar tidak diketahui oleh orang ramai.

Tidak kisahlah kita berada di pihak yang benar atau salah, belajarlah menghormati diri sendiri dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan sehabis baik.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda tentang isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN