Setiap ibu bapa pasti mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak. Ada yang mengambil pendekatan memukul, merotan dan sebagainya.

Namun bagi Pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn. Bhd, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, beliau mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anaknya.  

Sumber: Today Viral

Apa yang berlaku, beliau merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra, 9, hanya kerana membuka tudung di hadapan lelaki sehingga anaknya itu menangis teresak-esak dalam satu video yang dikongsikan di laman Instagramnya hingga menerima pelbagai reaksi netizen.

Walaupun pada pandangan kasar, tindakan itu sama sekali betul bagi tujuan mendidik namun ada segelintirnya yang tidak boleh menerima cara tersebut kerana dianggap keterlaluan.

 

Rotan Anak Kerana Mahu Anak Jadi Wanita Bermaruah?

 

Sumber: www.ohmymedia.cc

Apa yang dilakukan oleh usahawan ini sama sekali memperlihatkan nilai kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuannya.

Sebut sahaja mana-mana ayah di dalam dunia ini, mereka pasti mahukan yang terbaik buat anak perempuannya.

Ada orang kata, semakin besar anak itu, semakin besar cabaran buat ibu bapa untuk mendidik mereka supaya menjadi insan yang bermaruah lebih-lebih lagi anak perempuan.

Sekiranya tidak dididik dari kecil, apabila sudah dewasa kelak, makin susah pula hendak mendidik mereka.

Jadi, pada usia sebeginilah, pendedahan tentang Islam amatlah digalakkan untuk membentuk keperibadian mereka apabila dewasa kelak.

Nanti apabila sudah dewasa, tidaklah orang asyik menuduh ibu bapa tidak pandai menjaga anak perempuannya? Tak begitu?

 

Boleh Rotan, Tetapi Jangan Sampai Mencederakan!

Walaupun cara yang dilakukan oleh usahawan ini betul dalam mendidik tetapi sekiranya ia memberi kesan seperti luka dan sebagainya, maka ianya pasti membuatkan masyarakat sukar untuk menerima caranya itu.

Sumber: Tommy Pandiangan – WordPress.com

Lebih-lebih lagi anak perempuannya itu baru berusia sembilan tahun dan masih kecil untuk ‘dilayan’ sebegitu rupa.

Kanak-kanak pada usia ini mungkin belum matang mengenai kewajipan bertudung yang mana ibu bapa tidak boleh memaksa mereka untuk memakainya sehingga mencapai akhir balikh.

Dalam hal ini, kaedah mendidik perlu dimulakan pada usia tujuh tahun yang mana dalam tempoh tiga tahun itu, ibu bapa perlu memberi tunjuk ajar secara berhemah kepada anak mereka.

Sekiranya masih ingkar dan masih melakukan kesalahan serupa, maka ibu bapa dibenarkan merotan atau memukul anak taktala mereka mencapai umur 10 tahun sebagai jalan terakhir.

Gambar sekadar hiasan

Bukan itu sahaja, hukuman rotan yang dibuat itu juga tidak boleh melebihi 3 kali kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak tersebut.

Dan yang paling penting sekali, rotan yang digunakan untuk merotan itu juga tidak boleh terlalu lembut atau basah dan lembab hingga meninggalkan bekas dan kerosakan teruk pada kulit mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah cara yang dilakukan oleh Aliff Syukri ini satu tindakan yang betul dalam mendidik anak perempuannya?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN