Selepas satu kontroversi reda, timbul lagi kontroversi baru melibatkan artis baru paling popular, Haneesya Hanee yang tampil dengan berpakaian seksi seolah-olah mempersenda agama.

Gambar tersebut mengundang kemarahan dan kecaman netizen apabila Haneesya menggayakan sehelai skarf berwarna merah dengan posisi bertinggung. Skarf tersebut digunakan bagi menutupi bahagian kepala dan badan kecuali bahagian kaki didedahkan.

Difahamkan gambar tersebut diambil ketika Haneesya melakukan sesi fotografi untuk mempromosi skarf tersebut.

Menurut Haneesya mesej yang cuba ditonjolkan menerusi gambar tersebut ialah peranan skarf yang boleh ditampilkan dalam pelbagai gaya.

Jelasnya, ia bukan merujuk kepada tudung sahaja tetapi jenama tersebut mahu menggayakan selendang itu ala-ala ‘old school’.

 

Gambar Itu Keterlaluan

Adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah turut tidak ketinggalan untuk memberi komen mengenai isu ini.

Beliau telah memuat naik paparan skrin sebuah poster yang digayakan oleh pelakon dan model tersebut.

Syada mengakui bahawa dia mengagumi personaliti dan kecantikan model berusia 19 tahun itu namun poster berkenaan dianggap agak keterlaluan bagi seorang beragama Islam.

Jelasnya, tujuan beliau memuatnaik gambar tersebut supaya netizen boleh ‘report’ foto berkenaan agar dapat diturunkan dari media sosial.

Syada turut menafikan tindakan beliau melakukan perkara tersebut untuk meraih publisiti dan mengakui tiada masalah peribadi atau mempunyai sifat benci terhadap Haneesya.

 

“Saya Tak Bodoh Agama”

Selepas pelbagai kecaman diterima, Haneesya Hanee tampil respon dan dedahkan situasi sebenar disebalik sesi photoshoot itu berlangsung.

Jelasnya yang dipetik dari mStar, dia tiada niat sama sekali untuk memperlekehkan agama Islam dengan imej seperti yang ditonjolkan di dalam gambar tersebut.

Katanya, beliau diberitahu gambar yang diambil cuma separuh dan sekadar nampak skarf sahaja. Malah semasa pengambaraan, dia juga sudah mengigatkan mereka supaya tidak merakam fotonya dalam keadaan seksi dan dimuat naik di media sosial.

Namun malangnya, beliau mendakwa pemilik  jenama produk berkenaan memungkiri janji dengan berkongsi foto keseluruhan itu di media sosial.

Beliau tetap menegaskan apa yang berlaku bukan salahnya kerana gambar tersebut dikongsi orang lain dan baginya tidak wajar netizen mahu menuduhnya mempermainkan agama.

 

Pemilik Produk Pergunakan Haneesya?

Tindakan pemilik produk tersebut jelas tidak bertanggungjawab dan dilihat seolah-olah mempergunakan Haneesya untuk mencipta publisiti untuk melariskan produknya.

Walaubagaimanapun, Haneesya selaku model produk tersebut perlu mengambil iktibar dari kejadian ini dan memastikan gambarnya tidak disalah guna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Apapun diharap pemilik produk tersebut dapat bertanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak.

KATA ORANG

KATA ANDA

Siapa yang patut dipersalahkan didalam isu ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN