Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai laporan di mana Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengeluarkan kenyataan yang menuding jari kepada pembangkang sebagai pihak bertanggungjawab mengeruhkan suasana harmoni di negara ini.

Sumber: Malaysia Gazette

Laporan tersebut menyebabkan beliau dikritik hebat oleh ramai pihak termasuk Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Laporannya itu menyebabkan beliau dituduh bermain politik atas isu keselamatan negara dan menggelarkannya sebagai ‘Ketua Polis Pakatan Harapan’.

Disebabkan laporan itu juga, timbul gesaan dari beberapa pihak yang mendesak beliau untuk meletakkan jawatan sebagai KPN sekiranya mahu bersikap partisan atau berat sebelah kepada mana-mana parti politik atau memberikan apa-apa kenyataan yang boleh dianggap sebagai berbaur kepentingan politik.  

 

Nafi Dakwaan

Atas dakwaan tersebut, Abdul Hamid menyelar tindakan pihak-pihak tertentu yang menuduh beliau mengeluarkan kenyataan seolah-olah berat sebelah dan menyokong parti politik tertentu.

Beliau juga menafikan tuduhan yang menyebut beliau telah mengaitkan pihak pembangkang dengan peningkatan isu ketegangan kaum dan agama di negara ini.

Sumber: Astro Awani

Dalam masa yang sama, Abdul Hamid turut kesal dengan sikap segelintir pihak yang mempersoalkan kredibiliti anggota polis dalam mengurus semua kes di negara ini dengan memberikan komen yang tidak bertanggungjawab di media sosial.

Di media sosial pada hari ini, banyak pihak hanya pandai ‘sembang’ tetapi tidak cukup bukti untuk mendakwa seseorang itu.

Jadi, apabila beliau bersuara terhadap sesuatu isu, ada sahaja pihak yang akan menyalahtafsir apa yang diperkatakan sehingga menuduh beliau dengan tuduhan yang bukan-bukan.

 

Perlu Faham Tugas Ketua Polis Negara

Lihat sahaja apa yang berlaku pada hari ini, parti kerajaan juga dilihat bercakaran sesama sendiri untuk menegakkan agenda politik masing-masing. 

Ditambah pula dengan pembangkang yang akan berusaha menggugat kestabilan dan melemahkan kerajaan sedia ada dengan bermacam-macam tuduhan dan komen.

Gambar sekadar hiasan

Ketika ini, masing-masing sedang berlumba-lumba untuk menarik perhatian rakyat terhadap agenda sesuatu parti hingga menimbulkan pergolakan.

Hal politik yang sepatutnya boleh diselesaikan tetapi tidak habis-habis sejak tahun lalu. Macam-macam isu timbul hingga perkara remeh pun dijadikan isu sehingga mengakibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibebani dan tidak dapat menjalankan tugas hakiki membanteras jenayah.

 

Memang Patut Beri Amaran 

Jadi sebagai KPN, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memerhati dan memberi amaran tidak kira kepada pembangkang atau rakyat untuk menghentikan isu perkauman mahupun isu politik yang semakin rancak sejak kebelakangan ini.

Andai beliau tidak menegur, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijadual akan berlaku dalam masa tiga tahun lagi, akan ada pihak yang membangkitkan semula isu-isu seperti ini.  

Sebagai contoh dalam isu seperti video intim yang membabitkan seorang menteri, orang luar yang tidak berada di dalam situasi ini mungkin boleh bercakap sahaja dan mendesak PDRM untuk mengesahkan secepat mungkin video tersebut. 

Tetapi hendak melaksanakan sesuatu tugas untuk menyiasat sesuatu kes yang masih belum selesai terutama sekali kes yang membabitkan seorang menteri, bukanlah satu tugas yang mudah untuk diselesaikan. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN