Baru-baru ini, isu melibatkan pelakon dan pengarah Datuk Rosyam Nor berhubung pasar rayanya, ST Rosyam Mart yang beroperasi di Setiawangsa menjadi tular di media sosial.
Perkara tersebut tercetus selepas dakwaan beberapa individu yang mengatakan pasaraya tersebut dimiliki oleh peniaga bukan Melayu yang mana Rosyam hanya menjadi duta bagi tujuan untuk menarik perhatian pelanggan selain dipergunakan.
Malah, individu terbabit turut menuduh pemilik Sri Ternak Group Sdn Bhd (Sri Ternak) iaitu rakan kongsi kepada ST Rosyam Mart bukan sekadar berniaga ayam, tetapi juga mengedar dadah.
Apa yang paling menyedihkan, ada juga yang menggelarkan dirinya dengan kata kesat seperti ‘barua’ sehingga pelakon terkenal itu membuat laporan polis dan sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar.
Rosyam Nafi Dipergunakan
Selepas cubaan beberapa pihak dilihat cuba untuk menjatuhkan perniagaan sedia adanya, Rosyam tampil memberi keterangan sebenar di sebalik apa yang berlaku.
Rosyam menegaskan, beliau bukan duta untuk pasar raya berkenaan seperti yang didakwa segelintir netizen. Sebaliknya beliau memiliki 10 peratus saham dalam syarikat tersebut.
Manakala selebihnya dimiliki oleh Pengarah Sri Ternak iaitu Datuk Raymond Ho Cheng Hann (89 peratus) dan adiknya, Alan Ho Cheng Yek (1 peratus).
Apa yang menjadi isu di sini adalah perkataan ‘barua cina’ yang dipergunakan individu tertentu sehingga menimbulkan rasa sedih buat Rosyam dan keluarganya.
Walhal niat asal beliau hanyalah untuk membantu orang ramai mendapatkan barangan dalam suasana lima bintang yang dijual pada harga borong.
Itu pun, ada pihak dilihat sengaja mengambil kesempatan ke atas dirinya dengan menyebarkan fitnah sehingga merosakkan namanya dan juga nama rakan kongsinya itu.
Strategi Perniagaan Masa Kini
Dalam berniaga, pasti ada banyak cabaran dan dugaannya lebih-lebih lagi apabila sesuatu perniagaan yang diceburi itu semakin hari semakin bertambah maju dan mempunyai ramai pelanggan.
Tambahan pula sebelum ini, pasaraya yang diusahakan Rosyam pernah diserbu orang ramai memandangkan mereka menawarkan ayam mentah pada harga 80 sen seekor.
Pasti ada sahaja yang cemburu dan mulai menjaja cerita yang tidak enak untuk melihat perniagaan yang diusahakan itu jatuh.
Mungkin ada yang berpendapat bahawa beliau bersekongkol dengan peniaga bukan Melayu dalam perniagaan yang diceburinya itu.
Jika dilihat apa yang dilakukan oleh Rosyam ketika ini, tidak ada salahnya sekiranya beliau berkongsi perniagaan bersama rakan kongsi bukan Melayu memandangkan niat asalnya mahu membantu orang ramai membeli barangan pada harga yang murah.
Walaupun rakan kongsinya itu peniaga bukan Melayu, tiada langsung barangan yang tidak halal dijual di dalam pasar raya tersebut seperti yang didakwa oleh individu tertentu.
Selagi sesuatu perniagaan itu mematuhi syarat berlandaskan Islam dan memanfaatkan orang ramai, tidak ada salahnya sekiranya kita yang berbangsa Melayu bekerjasama dengan bangsa lain memandangkan ia adalah salah satu strategi perniagaan masa kini.
Dari segi perniagaan, hakikatnya peniaga bukan Melayu sememangnya memerlukan orang Melayu untuk menarik orang ramai membeli barangan mereka.
Hal itu disebabkan, kuasa pengguna Melayu lebih besar walaupun ekonomi mereka dipegang.
KATA ORANG
https://t.co/Dyfku7YkfB
— Mohan Louis (@mohan_louis) January 5, 2019
People are proud of you, of course. But people are pissed off that you're used as a damn fulcrum to promote racial discrimination against Chinese owned businesses. It's that simple.
You're doing a disservice to the holy Saint Rosyam Nor. Biarlah orang nak beli kat situ 😤
— aizat morales (@AizatoSyamilo) January 3, 2019
Did Rosyam Nor ever claim that ST Rosyam Mart belongs to him?
— 𝗔𝘆𝘀𝗵𝗮 𝗥𝗶𝗱𝘇𝘂𝗮𝗻 (@ayshardzn) January 5, 2019
I really sympathy with rosyam nor doing good though 10% equity against 90% , with him being there and running show ,people shld support him but no some dumb ass have to tarnished him, at least he is honest coming out with the truth
— Malique (@1EA1kXEg3KiRS7x) January 7, 2019