Dalam arus era digital masa kini, penggunaan sastera Melayu dilihat semakin berubah dalam kalangan generasi muda sekarang.

Mana tidaknya, dengan kecanggihan gajet masa kini, penggunaan sastera Melayu juga semakin dilupakan sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah bijak memperkenal sastera kepada mereka.

Sumber: http://bahasamuara.blogspot.com

Jika tidak diketengahkan, suatu hari nanti berkemungkinan besar sastera Melayu yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu pasti akan lenyap ditelan zaman sebegitu sahaja.

Jesteru, selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk menggabungkan aliran Sastera serta Sains di peringkat sekolah menengah menyebabkan perkara sama turut dicadangkan dengan menempatkan sasterawan negara di universiti awam di seluruh negara.

Persoalannya di sini, adakah langkah yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan ketika ini adalah suatu langkah yang baik untuk mengukuhkan lagi kesusasteraan Melayu supaya tidak dipinggirkan masyarakat dan mampu  menyemai semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda kini?

 

Beri Kelebihan Kepada Mahasiswa

Apabila menginjak ke sekolah menengah, pelajar akan mula diketengahkan dengan kesusasteraan Melayu melalui Komponen Sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Sumber: http://mieadham86.blogspot.com

Jika pada zaman penulis ketika itu, karya-karya kesusasteraan Melayu seperti jodol novel Papa…Akhirnya Kau Tewas Jua amat sarat dengan nilai harmoni institusi kekeluargaan yang mampu mengasuh pelajar supaya menghargai dan mengamalkan nilai-nilai murni melalui pembacaan karya-karya kesusasteraan Melayu yang kreatif.

Tidak terkecuali juga, novel Interlok karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain yang sarat dengan nilai-nilai patriotism di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk mencapai kemerdekaan dan diterbitkan dalam sebuah karya.

Sumber: MPH Online

Melihat kepada langkah yang diambil ini, walaupun pelajar itu sudah tamat pengajian di peringkat menengah sekalipun, apabila sasterawan negara ditempat di universiti-universiti awam, maka karya kesusasteraan Melayu tidak akan putus.

Jika kita lihat sekarang ini, setiap universiti itu mempunyai kelab debat atau kelab kesusasteraan yang mana mahasiswa yang berminat, boleh menyertai kelab tersebut sebagai salah satu silibus kokurikulum mereka.

Mungkin, apabila sasterawan negara ditempatkan di setiap universiti awam, ianya dapat memantapkan lagi transformasi kesusasteraan negara ke tahap yang lebih tinggi setanding dengan negara Barat.

Sekaligus, memberi jaminan nasib semua Sasterawan Negara yang tidak dibela oleh kerajaan terdahulu akan diberi perhatian sepenuhnya.

Bukan itu sahaja, karya-karya yang selama ini hanya terperuk di dalam perpustakaan mahupun di kedai-kedai buku lama juga mesti disebarkan, diwacanakan, dimeriahkan bukan sahaja di sudut universiti malah kepada masyarakat secara keseluruhannya. 

 

Tarik Minat Ceburi Bidang Sastera

Sekarang ini, kita lihat banyak andaian mengatakan aliran Sastera ini tidak mempunyai masa depan yang cerah berbanding aliran Sains, Kejuruteraan serta ICT sekalipun.

Hakikatnya, apabila pelajar itu menceburi bidang sastera, banyak pilihan kursus di peringkat universiti yang boleh mereka pilih berbanding pelajar aliran Sains yang agak terhad.

Sumber: Astro Awani

Sekarang ini, sebahagian besar subjek di universiti, baik untuk subjek bahasa, kemanusiaan, ekonomi dan juga undang-undang sekalipun turut mengandungi komponen silibus sepertimana yang dipelajari ketika di sekolah menengah.

Selepas tamat belajar, graduan dalam bidang Sastera juga boleh bekerja dalam pelbagai bidang yang tidak hanya tertumpu kepada pengkhususan bidang tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya pelajar itu minat terhadap pengajian sejarah serta pengajian am, peluang untuk menceburkan diri dalam bidang undang-undang ketika memohon pengajian di peringkat universiti adalah tinggi.

Sumber: mimbarkata.blogspot.com

Bukan itu sahaja, graduan pengurusan sumber manusia juga kini dilihat mengalami permintaan yang tinggi dalam kalangan majikan memandangkan sekarang ini banyak syarikat memerlukan kepakaran mereka untuk memantapkan lagi sesebuah organisasi tersebut.

Tidak hairanlah, bidang ini menjadi antara pilihan popular bagi pelajar untuk memilih bidang kesusasteraan di universiti kelak. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah sasterawan negara ditempatkan di setiap universiti awam seluruh negara?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN