Baru-baru ini, pihak Apple telah melancarkan tiga model iPhone terbaharu iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max yang didatangkan dengan ciri-ciri menarik serta beberapa pilihan warna. 

sumber: wired

Sudah pasti dengan pelancaran model terbaharu daripada mereka ini akan membuatkan orang ramai berlumba-lumba untuk menjadi insan terawal yang merasai sendiri pengalaman memakainya.

Secara umumnya, harga untuk sebuah telefon pintar pada masa kini sekurang-kurangnya mencecah RM2000 dan sudah pasti perlu menyimpan wang daripada gaji bulanan demi mendapatkan telefon pintar yang diidamkan.

Menurut sumber daripada hmetro.com, seorang ibu yang berusia 20 tahun sanggup menjual anak kembarnya demi mendapatkan telefon baharu dan kejadian tersebut dikatakan berlaku di Beijing.

 

Terpaksa Membayar Hutang

Wanita tersebut terpaksa menjual dua orang anaknya disebabkan oleh ibu bapanya tidak menyukai dia hamil pada usia yang muda. Bertambah malang lagi apabila teman lelakinya mengambil langkah cepat dengan menghilangkan diri kerana tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

sumber: lobakmerah

Wanita itu telah menjual anak kembarnya seminggu selepas melahirkannya kepada dua pasangan berbeza iaitu di Fuyang dan Suzhou di wilayah Anhui dengan harga 65000 yuan.

Mendengar sahaja berita penjualan itu, teman lelakinya yang menghilangkan diri pada awal telah muncul semula serta meminta sebahagian daripada wang penjualan berkenaan dan menggunakannya untuk membayar hutang judi.

Selain itu, wanita itu juga menggunakan wang penjualan tersebut untuk membayar hutang kad kredit dan bakinya itu digunakan untuk membeli sebuah telefon pintar yang baharu.

 

Sudah Hilang Pertimbangan

Penggunaan telefon pintar dalam kehidupan seharian sememangnya amat penting pada masa kini. Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Statista menunjukkan jumlah pengguna telefon pintar dunia bertambah sebanyak 1 bilion dalam tempoh lima tahun.

sumber: the irish times

Menerusi maklumat daripada amanz.my, Counterpoint telah membuat sebuah kajian di mana mendapati 23 peratus rakyat Malaysia sanggup membayar lebih daripada $400 (RM 1682) untuk membeli sebuah telefon pintar.

 

sumber: mstar

Jika diimbas kembali, terdapat kes yang sanggup menggadaikan nyawa sendiri dengan menjual buah pinggangnya di pasaran gelap hanya kerana mahu mendapatkan sebuah telefon pintar yang diidamkan.

 

Boleh Beli Macam-Macam

Menurut sumber yang diambil daripada says.com, dengan harga sebuah telefon iPhone 11 Pro Max yang berharga RM6899, boleh beli pelbagai jenis barang dengan harga yang sama.

sumber: perodua

Antara yang menarik ialah boleh membuat pembayaran bulanan sebuah kereta jenama Perodua Myvi selama sepuluh bulan di mana kos bualanannya berjumlah RM685 dan boleh digunakan untuk membayar elaun pelatih industri untuk tujuh bulan (RM900 sebulan).

Tidak tercapai dek akal kerana manusia sanggup membuat apa sahaja demi mencapai kehendak diri walaupun terpaksa menggadaikan nyawa dan menjual anak sendiri sekalipun. Walaupun menyedari pendapatan hanya cukup-cukup, mereka ini tidak kisah dan lebih gemar mengamalkan cara hidup “biar papa asal bergaya”.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN