Kemalangan di jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja walaupun memandu dalam keadaan berhemah sekali pun. Namun, sudah pasti tidak ada yang mahu mengalami pengalaman seperti ini di dalam hidup mereka.

sumber: pandulaju

Sebelum ini, kita sudah biasa mendengar laporan di dada akhbar di mana terdapat taktik penipuan dengan menggunakan helah seperti kereta rosak di tepi jalan dan juga kenderaan kehabisan minyak untuk menarik perhatian mangsa.

Baru-baru ini, terjadi sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan juga sebuah motosikal di Jalan Klang Lama dan dikatakan ia merupakan satu taktik untuk mendapatkan duit daripada mangsa.

 

Demi Duit Sanggup Buat Apa Sahaja

Menerusi sumber yang diambil daripada laman worldofbuzz.com, pengguna Facebook iaitu Lum Kar Hoe telah berkongsi sebuah video yang dirakam melalui kamera dash menunjukkan sebuah kemalangan yang berlaku di antara abangnya dan juga seorang penunggang motosikal.

Lelaki tersebut dikatakan sengaja berada di hadapan kereta abangnya ketika membelok di kawasan lampu isyarat supaya dapat dilanggar dari belakang. Rakaman video tersebut menunjukkan penunggang motosikal tersebut terjatuh berguling-guling selepas dilanggar.

Tanpa berlegah, abangnya terus keluar untuk melihat keadaan penunggang motosikal tersebut, namun lelaki tersebut dengan segera menyalahkan tindakan abangya serta menuntut wang ganti rugi.

Abangnya terus menolak untuk membayar apa-apa dan penunggang motosikal tersebut kemudian mengancam untuk membuat laporan polis dan abangnya bersetuju kerana tidak dapat menyelesaikan secara baik.

 

Perbuatan Makan Diri

Walau apa pun terjadi di atas jalan raya, lebih baik perkara tersebut diselesaikan dengan penuh budi bicara dan jika keadaan tidak terkawal, selesaikan di balai polis sahaja kerana bergaduh tidak akan menyelesaikan masalah.

sumber: world of buzz

Berbekalkan bukti rakaman dari kamera dash yang dipasang di kereta abangnya, pihak polis menyimpulkan kes tersebut jatuh kesalahan ke atas penunggang motosikal tersebut.

Bukan itu sahaja, berdasarkan rakaman video tersebut, pihak polis telah mengesahkan nombor pendaftaran kenderaan motosikal tersebut adalah palsu dan telah menggunakan nombor pendaftaran milik kereta jenis Perodua Myvi.

Apabila kes di bawa ke balai polis, sudah tentu penunggang motosikal tersebut tidak berani untuk tampil membela dirinya kerana taktik penipuannya itu sudah diketahui. Jika dia pergi juga, sudah pasti akan ditangkap dan bermalam di dalam lokap.

 

Pentingnya Memasang Dashcam Pada Kenderaan

Persepsi masyarakat hari ini sering mengatakan jika kemalangan melibatkan kereta dan juga motosikal, kesalahan pasti dijatuhkan ke atas pemandu kereta tersebut. Taktik penipuan dengan modus operandi seperti in bukanlah kali pertama berlaku di negara kita.

sumber: wirecutter

Berdasarkan kejadian yang berlaku ini, ia boleh dijadikan pengajaran kepada semua untuk sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya. Lum turut memberi nasihat kepada semua untuk memasang kamera dash di dalam kenderaan supaya ia boleh digunakan untuk melindungi diri daripada dipersalahkan.

Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja walaupun dalam keadaan sesak di atas jalan raya sekali pun. Kamera dash sudah banyak dijual di pasaran dan tidak perlu untuk berkira untuk melabur sedikit demi keselamatan anda ketika memandu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda pernah mengalami situasi sebegini sebelum ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN