Ahli akademik atau lebih disenangi dengan gelaran pensyarah merupakan insan yang cukup dihormati di dalam masyarakat.

sumber: kami pelajar

Namun, disebabkan asyik mengejar pangkat dan juga nama, segelintir pensyarah terlibat dalam jenayah akademik dan sanggup buat apa sahaja demi mencapai ‘cita-cita’ mereka itu. 

Bukan itu sahaja, amalan tidak beretika dan tidak profesional dalam kalangan pensyarah ini juga sudah lama berlaku dan isu plagiat yang dilakukan oleh pensyarah juga kerap dibangkitkan sehingga menjadi kudis di dalam institusi pendidikan tinggi negara.

 

Plagiat Kesalahan Yang Serius

Amalan plagiat atau mencuri hasil kerja orang lain dilihat semakin berleluasa dalam kalangan ahli akademik dan plagiat merupakan kesalahan etika akademik paling serius yang tidak dapat diterima oleh komuniti ilmuan.

Bukan itu sahaja, mereka yang melakukannya tidak segan silu mengakui hasil kerja yang dicurinya itu sebagai ilham mereka sendiri dan sanggup meletakkan nama mereka selaku penulis utama dalam mana-mana artikel yang hendak diterbitkan.

sumber: malaysiakini

Penubuhan jawatankuasa khas bagi mengenal pasti dan menyiasat sebarang kecurangan akademik di dalam universiti seperti yang mahu dilakukan oleh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) sememangnya perlu.

Jika mahasiswa yang melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang universiti dikenakan hukuman, mengapa pensyarah tidak boleh dihukum juga? Sampai bila mahu menutup mata dengan kesalahan yang telah mereka dilakukan?

 

‘Mahasiswa Bukan Macai’

Demi mencapai ‘cita-cita’ mereka itu, ada pula yang memaksa pelajar untuk menulis jurnal yang banyak dan mengugut mereka untuk tidak menandatangani borang penyerahan tesis sekiranya pelajar tidak mahu melakukannya.

Kehidupan seorang mahasiswa di universiti sering dibelenggu dengan ketakutan jika tidak melakukan apa yang diminta oleh pensyarah mereka. 

sumber: utusan

Tindakan pihak Kementerian Pendidikan yang meminta mana-mana pelajar yang merasakan hasil kerja mereka ‘dicuri’ oleh pensyarah untuk membuat aduan sedikit sebanyak membantu mahasiswa keluar daripada ketakukan.

Selaras dengan agenda pembaharuan pendidikan ke arah kebebasan dan integriti akademik, salah laku dalam kalangan pensyarah ini perlu dibanteras sehingga ke akar umbi.

 

Salah Laku Etika Akademik Semakin Parah

Kejadian salah laku etika akademik merupakan masalah sejagat di universiti di mana nilai-nilai etika akademik tidak dapat diamalkan oleh segelintir pensyarah.

Antara salah laku etika akademik ialah pensyarah datang lewat ke kelas, menggunakan kata-kata yang kasar dan tidak sopan, menyalahguna geran penyelidikan, plagiarism, menjalinkan hubungan asmara dengan pelajar, enggan menjalankan penyelidikan dan mengabaikan tugas-tugas pengajaran.

Kod etika akademik telah diperkenalkan oleh setiap universiti awam di Malaysia yang berperanan sebagai panduan untuk perlakuan beretika dalam bidang tugas seperti pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan pembangunan komersialisme.

Pensyarah yang mengamalkan etika akademik sudah tentu akan memberi kebaikan kepada universiti iaitu meningkatkan tanggungjawab moral dalam melaksanakan tugas.

Bukan itu sahaja, pensyarah juga perlu mempamerkan kesarjanaan dan mengamalkan etika akademik sebagai panduan tingkah laku yang beretika supaya dapat menjadi contoh kepada pelajar.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah hak seorang pelajar terbela dengan membuat aduan terus kepada KPM berkenaan hal ini??
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN